awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahidan wala' pada Pas

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2023
11:53 MYT
Shahidan wala' pada Pas
Shahidan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu kali ke 56 di Kota Bharu pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim selesa memilih wala' (kecintaan dan kesetiaan) kepada parti dan tidak berminat bertanding jawatan dalam Pas.
Beliau berharap semua pihak tidak lagi mengusulkan soalan mengenai kedudukannya dalam parti itu.
"Saya wala' sekarang. Jangan tanya lagi soalan itu. Saya sudah nyatakan di Parlimen saya adalah ahli Pas dan Perikatan Nasional (PN) sejati.
"Kalau masa dalam UMNO dulu bolehlah sebab ada cita-cita jadi presiden. Bagi saya Presiden UMNO perlu ditukar," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.
Sebelum itu beliau hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kota Bharu kali ke-56 di sini.
Hadir sama Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau dalam pada itu memaklumkan memilih Pas sebagai perjuangan kerana mahu berjihad dan mencari keredaan ALLAH.
Dalam perkembangan lain, Shahidan memberitahu, usaha jatuh-menjatuhkan kerajaan adalah perkara biasa.
"Kami (PN) yakin dapat menjadi kerajaan yang baik berbanding kerajaan sekarang.
"Angan-angan saya kalau jadi kerajaan akan buat lagi baik," katanya.
Tambah beliau, tidak salah mengeluarkan kenyataan tersebut kerana PN ada niat dan bercita-cita untuk tukar kerajaan.
Ujarnya, ia akan menjadi kenyataan pada masa akan datang atau bila-bila sahaja. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Shahidan Kassim
#PAS
#Wala'
#Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan