awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokongan Xavier kepada PM bantu ke arah kestabilan politik - Saifuddin

Bernama
Bernama
13/03/2021
13:09 MYT
Sokongan Xavier kepada PM bantu ke arah kestabilan politik - Saifuddin
Saifuddin mengalu-alukan sokongan itu dan beranggapan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berkenaan sedar kepentingan mewujudkan kerajaan yang stabil. - Gambar fail
KUANTAN: Sokongan Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat membantu ke arah kestabilan politik, kata Pengerusi PN Pahang Datuk Saifuddin Abdullah.
Saifuddin berkata beliau mengalu-alukan sokongan itu dan beranggapan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berkenaan sedar betapa pentingnya untuk mewujudkan kerajaan yang stabil demi memastikan kelangsungan dan kebajikan rakyat terjaga ketika negara berhadapan pandemik COVID-19.
"Soal keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hak peribadi beliau, tetapi yang penting kesediaan untuk menyokong kepimpinan perdana menteri, kerana kita perlukan kestabilan... hari ini tugas kerajaan PN untuk seimbangkan hidup dan kelangsungan hidup semasa pandemik ini," katanya.
Saifuddin yang juga Pengerusi Bersatu Pahang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden dan ahli PKR, selepas merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota cawangan Semambu, di sini hari ini.
Ditanya mengenai sokongan masyarakat Cina dan India di Pahang terhadap PN, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata tumpuan kini diberikan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada golongan berkenaan tanpa mengetepikan kaum Melayu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Xavier Jayakumar
#Ahli Parlimen Kuala Langat
#PKR
#naib presiden pkr
#letak jawatan
#sokong perdana menteri
#Saifuddin Abdullah
#Bersatu
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan