awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Mohd Fazmi lapor polis penyebaran audio palsu

Sinar Harian
Sinar Harian
25/11/2022
22:20 MYT
Syed Mohd Fazmi lapor polis penyebaran audio palsu
Syed Mohd Fazmi turut menyifatkan penyebaran audio palsu itu sebagai konspirasi jahat dan terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan Ismail Sabri. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad menyifatkan penularan audio palsu yang membabitkannya sebagai satu percaturan politik yang jahat dan jijik.
Syed Mohd Fazmi dalam satu kenyataan pada Jumaat turut menafikan bahawa rakaman audio yang tular itu adalah suaranya.
“Saya terkejut dan kecewa dengan penyebaran audio berkenaan yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan bekas Ahli Parlimen Jempol yang juga Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.
“Penularan audio palsu itu merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik.
"Tindakan itu juga membuktikan usaha berterusan untuk memusnahkan reputasi saya sebagai Setiausaha Politik kepada perdana menteri kesembilan,” jelasnya.
Beliau turut menyifatkan penyebaran audio palsu itu sebagai konspirasi jahat dan terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Justeru, Syed Mohd Fazmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membuktikan bahawa rakaman itu adalah satu fitnah jahat.
“Saya berharap siasatan dapat dilakukan bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab di sebalik perbuatan ini,” jelasnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad
#Mohd Salim Mohd Sharif
#rakaman audio tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan