awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada gelombang hijau di Pahang, yang ada hanya gelombang biru dan merah - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
07/10/2023
15:33 MYT
Tiada gelombang hijau di Pahang, yang ada hanya gelombang biru dan merah - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk jentera parti, sama ada daripada BN mahupun rakan dalam Kerajaan Perpaduan. - Gambar fail
BENTONG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kejayaan BN mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sebagai petanda tidak ada "gelombang hijau" di Pahang.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk jentera parti, sama ada daripada BN mahupun rakan dalam Kerajaan Perpaduan.
"Ini adalah petanda bahawa tidak ada gelombang hijau di Pahang dan yang ada hanyalah gelombang biru (BN) dan merah (Pakatan Harapan) yang semakin diterima rakyat Malaysia. Insya-Allah," katanya dalam hantaran di Facebooknya malam ini.
Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah atas kejayaan calon BN Datuk Amizar Abu Adam dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi BN Pahang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai.
Beliau juga berterima kasih kepada pengundi DUN Pelangai dan semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan itu termasuk jentera akar umbi di pusat daerah mengundi (PDM) serta kepimpinan UMNO Bahagian Bentong yang diterajui Pemangku Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Mohammad Zaini Salleh.
PRK DUN Pelangai menyaksikan Amizar menang dengan majoriti 2,949 undi selepas memperoleh 7,324 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni yang hanya meraih 47 undi.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan terkini PRK Pelangai di sini
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Ahmad Zahid Hamidi
#PRK Pelangai
#Amizar Abu Adam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan