awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan PM Interim mendahului titah Agong adalah tidak wajar - PH

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
27/02/2020
15:53 MYT
Tindakan PM Interim mendahului titah Agong adalah tidak wajar - PH
Majlis Presiden menggesa semua pihak untuk menghormati budi bicara dan wewenang Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam hal ini. - Twitter @anwaribrahim
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berpendirian bahawa adalah tidak wajar untuk Tun Dr Mahathir Mohamad mendahului titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam hal pemilihan calon Perdana Menteri.
PH menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri Interim itu sebagai mencabar hak dan kuasa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
Menerusi satu kenyataan khas yang dibuat pada Khamis, Majlis Presiden PH berpendirian bahawa hak dan kuasa melantik seseorang Perdana Menteri terletak di tangan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ini kerana, ia adalah berdasarkan apa yang telah termaktub di bawah perkara 40(2)(A) Perlembagaan Persekutuan.
BACA: Tun M tiada majoriti bentuk kerajaan, serah pada Dewan Rakyat
Majlis Presiden PH menggesa semua pihak untuk menghormati budi bicara dan wewenang Yang Di-Pertuan Agong dalam hal ini.
Kenyataan tersebut merupakan hasil daripada perbincangan yang diadakan menerusi mesyuarat tergempar yang diadakan di kalangan ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan pada malam Khamis.
Terdahulu, Dr Mahathir mengakui tiada majoriti untuk membentuk satu kerajaan dalam satu sidang media selepas pembentangan Pelan Rangsangan Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri pada petang Khamis.
BACA: Peletakan jawatan Tun M: Perkara yang dijangka berlaku di beberapa negeri
BACA: 'Jika semua orang pilih Muhyiddin, saya ok' - Tun Mahathir
Topic Berkaitan
#calon
#Dewan Rakyat
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#menteri
#Pakatan Harapan
#pemilihan
#Perdana Menteri
#PM
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan