awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diskaun 50 peratus sewa premis untuk peniaga Pasar UTC Labuan
Kerajaan Perak adakan rumah terbuka Aidilfitri pada 21 Mac
Greece sahkan kapal tangki berdaftar di negara itu diserang di Laut Hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Zahid minta ROS percepatkan siasatan AGM PPBM

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
08/02/2018
06:09 MYT
TPM Zahid minta ROS percepatkan siasatan AGM PPBM
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau tidak dapat mengulas mengenai tempoh masa siasatan itu akan selesai. - Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mempercepatkan siasatan berhubung status Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Beliau bagaimanapun menyerahkan siasatan sepenuhnya berhubung isu melibatkan PPBM kepada ROS.
"Ketua Pengarah ROS telah memaklumkan pada saya bahawa siasatan telah dimulakan dan mungkin penelitian ambil masa
"Malah kita telah meminta ROS bukan saja memulakan siasatan tetapi turut meningkatkan siasatan aduan berkenaan serta tahap kebolehpercayaan tinggi kerana ROS mempunyai sifat ketelusan dalam melakukan siasatan ke atas pertubuhan atau badan-badan politik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau tidak dapat mengulas mengenai tempoh masa siasatan itu akan selesai.
"Saya tidak tahu (tempoh siasatan). Saya serahkan kepada mereka (ROS) kerana saya tidak terlibat dengan siasatan dan operasi jabatan itu," jelas beliau lagi.
Siasatan ROS terhadap status AGM PPBM sebelum ini mendapat bantahan pemimpin pelbagai peringkat parti tersebut.
PPBM mengadakan AGM pertama di Shah Alam pada 30 Disember lalu selepas setahun didaftarkan pada September 2016.
Topic Berkaitan
#Kementerian Dalam Negeri
#politik
#PPBM
#siasatan
#Timbalan Perdana Menteri
#TPM
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan