awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Road to Gold akan bermesyuarat Mei ini - Menteri
NADMA komited laksana pembenihan awan pastikan paras empangan selamat
Zii Jia kini pulih sepenuhnya - Daren 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Sabah bantu rakan politik hadapi PRN

Bernama
Bernama
01/05/2023
10:11 MYT
UMNO Sabah bantu rakan politik hadapi PRN
Bung Moktar Radin berkata pihaknya sedang menunggu dan akan meneliti jemputan untuk membantu rakan tersebut. -Gambar fail/Sinar Harian
KINABATANGAN: UMNO Sabah bersedia membantu rakan politik lain di Semenanjung yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing tahun ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pihaknya sedang menunggu dan akan meneliti jemputan untuk membantu rakan tersebut.
"Kebiasaannya memang ada diputuskan oleh Barisan Nasional (BN) pusat.
"Kita akan menunggu dan akan meneliti jemputan (daripada negeri yang bakal hadapi PRN) dan kita akan melihat di mana kita akan diletakkan untuk membantu calon BN ataupun rakan komponen kita yang lain," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO/BN Kinabatangan di sini hari ini.
Enam negeri dijangka menghadapi PRN tahun ini iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#UMNO
#Aidilfitri
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan