awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Sabah yakin boleh rampas semula kerusi Parlimen Sepanggar

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
18/04/2022
04:10 MYT
UMNO Sabah yakin boleh rampas semula kerusi Parlimen Sepanggar
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata, semua gerak kerja perlu diaktifkan segera bagi memastikan jentera pilihan raya dapat beroperasi dalam tempoh terdekat. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: UMNO Sabah yakin mampu merampas semula kerusi Parlimen Sepanggar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Keyakinan itu disandarkan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Yakub Khan berdasarkan situasi semasa rakyat yang kembali memilih Barisan Nasional (BN).
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, pengundi Sepanggar kini lebih cenderung kepada BN apabila dibuktikan dengan beberapa kajian khususnya di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh Sepanggar.
“Kita bukan cakap besar tetapi ini merupakan realiti apabila pengundi muak dengan keadaan senario politik yang tidak stabil menyebabkan rakyat menderita.
“Rakyat inginkan kerajaan yang stabil disamping calon Ahli Parlimennya bersama-sama dalam kerajaan agar pembangunan akan dapat dinikmati rakyat khususnya di kawasan Parlimen Sepanggar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Taklimat dan Bengkel Persiapan Jentera PRU15 serta Majlis Berbuka Puasa Anjuran UMNO Bahagian Sepanggar di sini.
Selain itu, Yakub berkata, UMNO Sepanggar juga memberi skongan penuh kepada calon yang diputuskan pucuk pimpinan sekali gus memastikan kemenangan majoriti besar.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata, semua gerak kerja perlu diaktifkan segera bagi memastikan jentera pilihan raya dapat beroperasi dalam tempoh terdekat.
“Petanda PRU15 semakin dekat… semua jentera perlu bersiap sedia dengan tugas hakiki mereka. Kita yakin UMNO sangat berpengalaman dalam kerja-kerja PRU selepas berhadapan dengan beberapa siri pilihan raya,” katanya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerusi Parlimen Sepanggar yang sebelum ini kubu kuat UMNO dimenangi Parti Warisan menerusi Ketua Pemudanya, Datuk Azis Jamman.
Topic Berkaitan
#Kerusi Parlimen Sepanggar
#UMNO Sabah
#Yakub Khan
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan