awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Semporna di landasan betul dalam perjuangan parti - Hishammuddin

Bernama
Bernama
22/10/2016
10:11 MYT
UMNO Semporna di landasan betul dalam perjuangan parti - Hishammuddin
Hishammuddin berkata masalah dalam UMNO membabitkan pemimpin keluar daripada parti bukanlah perkara baharu.
UMNO Bahagian Semporna berada di landasan yang betul dalam perjuangan parti, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menteri Pertahanan itu berkata UMNO menerima hakikat bekas Ketua Bahagian berkenaan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal telah memilih jalan lain sesuai dengan prinsip serta pendirian beliau.
Hishammuddin berkata UMNO Bahagian Semporna yang kini diterajui Pemangku Ketua Bahagian Datuk Nasir Tun Sakaran tidak bimbang dengan tindakan Mohd Shafie bersama beberapa pemimpin lain di bahagian itu meninggalkan parti.
"Kita tidak gusar dan tetap membawa perjuangan parti kerana UMNO bukan milik peribadi tetapi diwarisi daripada datuk dan moyang kita.
"Lumrah dalam politik, ada pemimpin datang dan pergi tinggalkan parti. Kita kena sedar perjuangan parti lagi utama daripada kepentingan peribadi," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Semporna di sini, hari ini.
Hampir 5,000 anggota UMNO bahagian berkenaan hadir pada mesyuarat itu. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin dan veteran UMNO Sabah, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah pertama Tun Sakaran Dandai.
Hishammuddin berkata masalah dalam UMNO membabitkan pemimpin keluar daripada parti bukanlah perkara baharu dan pernah berlaku sejak penubuhan parti tersebut.
Beliau berkata segala yang berlaku ada hikmahnya dengan UMNO menghadapi dan mengambil tindakan dalam keadaan matang tanpa perasaan kecewa dan marah.
"Dalam masalah itu kita kena buat pilihan, kawan dan perjuangan...keluarga dan parti...pemimpin dan parti," katanya.
Beliau berkata semua anggota UMNO perlu kembali kepada asas perjuangan parti untuk mengatasi dan mengawal masalah tersebut bagi meneruskan perjuangan parti. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Mohd Shafie Afdal
#umno semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan