awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan belum terima surat keluar parti Yusof Yacob - Loretto Padua

Astro Awani
Astro Awani
03/10/2021
03:09 MYT
Warisan belum terima surat keluar parti Yusof Yacob - Loretto Padua
Loretto (gambar) berkata, setakat ini pihaknya juga tidak menerima surat peletakan jawatan Yusof selaku Ketua Penerangan Warisan dan hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui media. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Parti Warisan belum menerima surat rasmi keluar parti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob.
Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S Padua berkata setakat ini pihaknya juga tidak menerima surat peletakan jawatan Yusof selaku Ketua Penerangan Warisan dan hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui media.
"Setakat ini, Warisan tidak menerima surat peletakkan jawatan Yusof baik di peringkat parti mahupun keluar dari Warisan.
"Selalunya, kalau sesiapa yang mahu meletak jawatan atau meninggal parti, mereka akan kemukakan surat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: ADUN Sindumin Datuk Yusof Yacob keluar Warisan
Semalam, media melaporkan Yusof difahamkan keluar meninggalkan Warisan sambil memetik pegawai medianya, Mazlan Sanoh.
Mazlan berkata, Yusof mengambil keputusan itu dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan selain akan mengumumkan secara rasmi minggu depan.
Sementara itu, Astro AWANI cuba menghubungi Yusof melalui mesej di aplikasi WhatsApp dan panggilan telefon gagal.
Topic Berkaitan
#Loretto Padua
#Dr Yusof Yacob
#Warisan
#keluar parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan