awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zuraida sokong PN dalam enam PRN nanti

Sinar Harian
Sinar Harian
04/03/2023
12:25 MYT
Zuraida sokong PN dalam enam PRN nanti
Datuk Zuraida Kamaruddin mengesahkan beliau akan menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam enam Pilihan Raya Negeri yang dijangka diadakan pada Jun nanti. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Bekas Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin mengesahkan beliau akan menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam enam Pilihan Raya Negeri yang dijangka diadakan pada Jun nanti.
Zuraida berkata, beliau berpendirian untuk tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional.
"Saya nak umumkan saya akan menyokong PN untuk PRN nanti.
"Saya bukan sokong PH atau BN sebab mereka bentuk kerajaan gabungan dan bukan kerajaan campuran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas berakhir program Bersama Tun M: Dialog Sepentas Perjuangan Yang Hilang? di Mini Townhall, Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini pada Sabtu.
Program itu julung kali menggandingkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad duduk sepentas bersama beliau dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Sementara itu, ditanya tentang penyertaannya dalam Muafakat Nasional (MN), bekas Ahli Parlimen Ampang itu berkata, beliau bersama MN untuk memberikannya platform lebih besar untuk terlibat dalam kerja badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.
"Jadi saya boleh buat aktiviti di peringkat akar umbi menerusi penglibatan di peringkat NGO ini," ulasnya.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zuraida Kamaruddin
#PRN enam negeri
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan