awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ABM dijangka buat rombakan dalam masa terdekat - Rexy

Bernama
Bernama
10/09/2024
07:30 MYT
ABM dijangka buat rombakan dalam masa terdekat - Rexy
Rexy berkata mesyuarat berkenaan juga akan membincangkan keperluan mengecilkan jumlah pemain dalam skuad senior dan remaja kebangsaan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Akademi Badminton Malaysia (ABM) dijangka membuat rombakan barisan kejurulatihan pada 24 Sept ini, kata Pengarah Kejurulatihan ABM Rexy Mainaky.
Beliau berkata pihak pengurusan tertinggi badan induk itu akan mengadakan mesyuarat pada tarikh itu bagi membincangkan perkara berkenaan secara terperinci.
"Setakat ini perbincangan untuk menambah atau merombak jurulatih akan diadakan pada 24 Sept ini dan melibatkan bahagian perlu sahaja. Sudah ada 'calon', tapi akan dibincangkan dalam mesyuarat nanti," katanya kepada pemberita di ABM di sini hari ini.
Mei lepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pernah mengiklankan jawatan bagi mencari jurulatih perseorangan lelaki baharu buat skuad senior kebangsaan.
Sementara itu Rexy berkata mesyuarat berkenaan juga akan membincangkan keperluan mengecilkan jumlah pemain dalam skuad senior dan remaja kebangsaan.
Ini kerana beliau merasakan jumlah pemain dimiliki kedua-dua pasukan berkenaan agak tinggi berbanding keperluan sebenar iaitu sekitar 50 pemain bagi skuad senior dan remaja.
"Sekarang 70 (pemain remaja) manakala senior ada lebih 50 pemain. Jadi kita akan bincang dengan jurulatih semua berapa jumlah ideal dalam setiap pasukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Rexy Mainaky
#rombakan
#jurulatih badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan