awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACL: Arif Aiman pemain paling penting JDT - Surachai Jaturapattarapong

Astro Arena
Astro Arena
11/12/2023
09:27 MYT
ACL: Arif Aiman pemain paling penting JDT - Surachai Jaturapattarapong
Aiman diibaratkan Surachai sebagai 'harta' yang cukup berharga buat JDT dan tanpa pemain tersebut, mungkin prestasi pasukan itu akan berkurang 30 hingga 40 peratus.
KETUA jurulatih BG Pathum United, Surachai Jaturapattarapong, melabel pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Md Hanapi, adalah individu yang cukup berharga dalam pasukan Harimau Selatan itu.
BG Pathum berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim bagi melengkapkan jadual perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bertemu pasukan yang masih segar melengkapkan 'quadruple' berganda, JDT.
Ternyata kemenangan cukup penting susulan kegagalan mereka untuk mendapatkan sebarang mata dalam lima perlawanan terdahulu, Surachai percaya kemenangan amat penting buat mereka menutup saingan kali ini.
Menilai kualiti pasukan lawan, beliau turut menyatakan betapa penting impak Arif Aiman untuk pasukan Selatan tanahair itu.
"Kami menyedari perlawanan esok adalam aksi yang cukup sukar, kami berdepan JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia. Kami bakal menurunkan barisan pemain yang berada di tahap terbaik daripada segi fizikal dan mental.
"Antara pemain di bawah tumpuan kami adalah Heberty dan Bergson, mereka merupakan antara watak penting pasukan JDT dan mengikat gerakan mereka.
"Tidak terlupa kelibat pemain menyarung jersi 42, Arif Aiman Md Hanapi. Dia ibarat 'harta' yang cukup berharga buat pasukan ini dan tanpa pemain tersebut, mungkin prestasi JDT akan berkurang 30 hingga 40 peratus."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Liga Juara-Juara Asia
#JDT
#BG Pathum United
#Arif Aiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan