awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACLE 2024/2025: JDT tewas 1-3 kepada Gwangju

Bernama
Bernama
22/10/2024
21:30 MYT
ACLE 2024/2025: JDT tewas 1-3 kepada Gwangju
Wakil negara, JDT tumpas kepada wakil Korea Selatan, Gwangju 3-1 di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit 2024/25 yang berlangsung di Stadium Yongin Mireu, Yongin, Korea Selatan, pada Selasa. - Facebook Johor Southern Tigers
KUALA LUMPUR: Rekod tanpa kalah wakil negara Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 lebur apabila tumpas kepada wakil Korea Selatan, Gwangju 3-1 pada Selasa.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Yongin Mireu, Gwangju bermula garang apabila membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi pemain sayapnya Jasir Asani yang menyudahkan hantaran rakan sepasukan untuk menewaskan penjaga gol JDT, Andoni Zubiaurre.
Jasir terus menghukum JDT selepas bijak mencuri bola daripada kawalan pemain pertahanan, Feroz Baharudin sekali gus menghadiahkan gol kedua pasukannya selang tiga minit kemudian.
Kesilapan yang dilakukan Feroz berjaya ditebus apabila pemain itu berjaya menanduk sepakan penjuru Juan Muniz pada minit ke-27.
Memasuki separuh masa kedua, JDT berjaya membolos gawang Gwangju namun jaringan Oscar Aribas pada minit ke-53 dibatalkan selepas Jorge Obregon berada di kedudukan ofsaid ketika melakukan hantaran kepada pemain kelahiran Sepanyol itu.
Jasir sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada JDT selepas membantu tandukan Heo Yool yang terkena kaki pemain JDT Park Jun-heong dan memasuki gawang dalam minit akhir untuk gol ketiga Gwangju.
Keputusan itu menyaksikan Gwangju berada pada tangga teratas peringkat kumpulan dengan mengutip sembilan mata selepas tiga perlawanan.
JDT pula berada di tangga ketiga dengan mengumpul empat mata selepas tiga perlawanan namun kedudukan itu dijangka berubah selepas beberapa perlawanan malam tadi dan hari ini.
Skuad Harimau Selatan selepas ini akan melayan kunjungan wakil Korea Selatan, Ulsan HD di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Johor Bahru bagi aksi keempat saingan ACLE pada 5 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#ACLE 2024 2025
#Gwangju
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan