awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Shapawi beri bayangan acara dari senarai akhir Sukma tidak digugur

Bernama
Bernama
20/08/2022
21:00 MYT
Ahmad Shapawi beri bayangan acara dari senarai akhir Sukma tidak digugur
Shapawi memberi bayangan bahawa kesemua kontinjen bertanding telah bersetuju untuk tidak menarik diri. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beberapa acara yang dilaporkan digugurkan daripada senarai akhir Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 MSN 2022, dijangka dapat dianjurkan apabila temasya itu berlangsung bermula 16-24 Sept ini.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail memberi bayangan bahawa kesemua kontinjen bertanding telah bersetuju untuk tidak menarik diri pada mesyuarat penyelarasan yang diadakan bersama pengarah-pengarah MSN Negeri pada Sabtu.
Beliau berkata pihaknya telah mendapatkan penjelasan mengenai kekangan yang dihadapi oleh pihak kontinjen negeri sehingga menarik diri menjelang tarikh tutup pendaftaran akhir pada 10 Ogos lepas.
"Secara positifnya, saya rasa kita akan dapat menganjurkan Sukma kali ini tanpa perlu membatalkan mana-mana acara daripada senarai akhir, kecuali kita telah umumkan sebelum ini seperti terjun wanita dan 10,000 meter (m) wanita jalan kaki, yang telah digugurkan dari senarai awal lagi.
"Bagaimanapun, keputusan rasmi mengenai senarai akhir jumlah acara dipertandingkan hanya dapat diumumkan selepas dibentangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sukma, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat berkenaan.
Baru-baru ini, media melaporkan bahawa enam acara olahraga seperti 10,000 meter (m) jalan kaki, lompat bergalah, baling tukul besi, lempar cakera, lontar peluru dan lompat kijang wanita terpaksa digugurkan kerana tidak menepati syarat minimum.
Terdahulu, beberapa acara terjun wanita seperti 1m papan anjal, 3m papan anjal, 10m platform, 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama tidak dapat dipertandingkan atas alasan sama.
Syarat minimum peraturan teknikal Sukma adalah penyertaan sekurang-kurangnya lapan daripada 14 negeri secara keseluruhan.
Namun, ia dikurangkan kepada enam negeri kerana penganjuran kali ini adalah edisi khas selepas pandemik COVID-19 dengan kali terakhir temasya itu dianjurkan pada 2018 di Perak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Malaysia
#Ahmad Shapawi Ismail
#SUKMA
#MSN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan