awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025

Alexander-Arnold bakal berhijrah ke Madrid dari Liverpool sebelum Piala Dunia Kelab

Bernama
Bernama
30/05/2025
20:30 MYT
Alexander-Arnold bakal berhijrah ke Madrid dari Liverpool sebelum Piala Dunia Kelab
Liverpool turut mengesahkan bahawa bayaran bagi mendapatkan khidmat Alexander-Arnold diterima lebih awal, iaitu pada awal Jun. - Gambar Reuters
LONDON: Liverpool bersetuju untuk melepaskan Trent Alexander-Arnold kepada Real Madrid pada 1 Jun, lapor PA Media/dpa.
Juara baharu Liga Perdana Inggeris itu mengesahkan perjanjian dicapai untuk pemain itu menyertai Real Madrid sebelum kontraknya bersama Liverpool tamat pada 30 Jun.
Real pula menyatakan langkah ini akan membolehkan pemain antarabangsa England itu beraksi bersama kelab Sepanyol itu pada kejohanan Piala Dunia Kelab musim panas ini.
Liverpool turut mengesahkan bahawa bayaran diterima bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 26 tahun itu lebih awal, iaitu pada awal Jun, berbanding tarikh asal 1 Julai.
Real Madrid juga mengumumkan bahawa Alexander-Arnold bersetuju dengan kontrak selama enam tahun.
"Alexander-Arnold menyertai akademi kelab pada usia enam tahun dan mengembangkan kariernya melalui sistem pembangunan sebelum membuat penampilan kompetitif sulung pada Oktober 2016.
"Beliau kini meninggalkan Anfield selepas membuat 354 penampilan dan menjaringkan 23 gol untuk kelab, selain meraih lapan kejuaraan utama bersama rakan sepasukan, termasuk dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara, Piala Dunia Kelab FIFA, Piala Super UEFA, Piala FA dan dua Piala Liga.
"Alexander-Arnold meninggalkan Liverpool FC dengan penghargaan dan kelab berterima kasih atas sumbangannya terhadap semua kejayaannya."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Trent Alexander-Arnold
#Real Madrid
#lliverpool
#Piala Dunia Kelab
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.