awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amirbek ucap selamat tinggal kepada penyokong Kedah

Sinar Harian
Sinar Harian
30/12/2023
03:00 MYT
Amirbek ucap selamat tinggal kepada penyokong Kedah
Amirbek menjaringkan enam gol bersama KDA FC pada musim 2023. - Foto KDA FC
PEMAIN import dari Tajikistan, Amirbek Juraboev menjadi pemain pertama Kedah Darul Aman (KDA) FC yang mengumumkan perpisahan dengan kelab Liga Super dari utara itu.
Jeneral padang berusia 27 tahun yang beraksi cemerlang dalam 23 perlawanan musim ini mengakui sukar untuk berpisah dengan Sang Kenari.
Menurutnya dalam ucapan perpisahan di Instagram, satu pencapaian baik telah dicapai walaupun hanya beraksi satu musim sahaja dengan meledakkan enam jaringan.
"Assalamualaikum kepada semua, ia sesuatu yang sukar untuk mengucapkan selamat tinggal, tetapi ini adalah sebahagian daripada kehidupan bola sepak.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang, terima kasih kepada pemain, jurulatih dan pihak pengurusan.
"Ia merupakan musim yang baik buat kita, saya gembira dan seronok berada di sini (Kedah) untuk musim ini.
View this post on Instagram
A post shared by Amirbek Juraboev (@amir_j13)
"Selamat maju jaya kepada semua orang, semoga berjaya Kedah dan semoga ALLAH melindungi anda semua.
"Semoga kita berjumpa lagi, paling penting terima kasih kepada semua penyokong kami," tulisnya.
Dikhabarkan KDA FC bakal melakukan rombakan dan dilaporkan setakat ini kapten pasukan, Manuel Ott dalam senarai dikekalkan bagi musim 2024. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Amirbek Juraboev
#KDA FC
#Kedah
#jendela perpisahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan