awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet Olimpik AS pertama yang berhijab, berjaya raih pingat gangsa

Syafique Shuib
Syafique Shuib
14/08/2016
03:32 MYT
Atlet Olimpik AS pertama yang berhijab, berjaya raih pingat gangsa
Dalam sesi temu ramah bersama media, Ibtihaj Muhammad mahu perhatian tertumpu kepada sukannya. - Foto AFP
Atlet lawan pedang Amerika Syarikat Ibtihaj Muhammad memenangi pingat gangsa pada temasya Olimpik di Rio De Janeiro, Brazil pada Sabtu.
Menurut laporan ESPN, pasukan Amerika Syarikat menewaskan pasukan Itali 45-30 untuk memenangi tempat ketiga.
Ia merupakan pingat pertama AS dalam acara lawan pedang pada temasya ini.
Bukan sahaja kemenangan Ibtihaj menjadi perbualan, malah dia juga mencuri tumpuan kerana mencipta sejarah sebagai atlet OLimpik dari AS yang pertama tampil dengan imej berhijab.
Namun dalam sesi temuramah bersama media, Ibtihaj mahu perhatian diberikan kepada prestasinya dalam sukan.
"Setelah sekian lama kami berlatih untuk dapat bersaing di peringkat ini, atas pentas terbesar di dunia iaitu Sukan Olimpik, ia adalah benar-benar satu rahmat untuk kami. Saya tidak akan melupakan detik ini,' katanya kepada pemberita.
Sementara itu, rakan sepasukan Dagmara Wozniak berkata pasukan Amerika Syarikat benar-benar mewakili kepelbagaian di negara itu.
“Ini sukan. Tidak kisah rambut anda warna apa pun atau agama kamu. Yang penting kami ke luar sana dan menjadi atlet terbaik.
“Inilah Amerika Syarikat: satu campuran budaya dan bangsa yang berbeza,” katanya.
Topic Berkaitan
#Ibtihaj Muhammad
#Olimpik 2016
#Rio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan