awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet perlu bersedia jika Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026 - Nicol

Bernama
Bernama
18/03/2024
13:52 MYT
Atlet perlu bersedia jika Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026 - Nicol
Nicol berkata, sama ada Malaysia menganjurkan temasya itu atau tidak, atlet negara di bawah program pembangunan dan latihan MSN sentiasa menjalani latihan untuk penyertaan sukan utama lain. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kesediaan dan kesiapsiagaan atlet tidak seharusnya menjadi masalah jika Malaysia memutuskan untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026, kata legenda skuasy negara Datuk Nicol David.
Berkongsi pengalamannya, bekas ratu skuasy negara itu berkata sama ada Malaysia menganjurkan temasya empat tahun sekali itu atau tidak, atlet negara di bawah program pembangunan dan latihan Majlis Sukan Negara (MSN) sentiasa menjalani latihan untuk penyertaan sukan utama lain.
"Atlet sudah bersiap sedia, ada yang ke Sukan Olimpik, ada ke acara seperti Sukan Asia dan Komanwel yang diadakan empat tahun sekali. Kami tahu tahun itu akan menjadi penting, jadi perlu bersedia dua tahun sebelumnya untuk mencapai keputusan lebih baik.
"Ia adalah sebahagian daripada persiapan sama ada mereka akan merasakan tekanan tambahan atau tidak, ia sentiasa tekanan daripada kita sendiri untuk negara mendapat pingat. Selain itu, bermain di laman sendiri kita akan mendapat kelebihan dan banyak sokongan," katanya pada sidang media hari ini.
Mengimbau kenangan menyertai Sukan Komanwel 1998 ketika berusia 14 tahun, Nicol berkata pengenalan skuasy dalam Sukan Komanwel ketika itu telah membantu sukan raket berkenaan meraih populariti.
"Ia merupakan kali pertama skuasy dipertandingkan, untuk membuat persiapan ia sangat mengujakan dan skuasy mendapat banyak pengiktirafan sejak dari itu," kata juara dunia lapan kali itu.
Tuan rumah Sukan Komanwel 2026 Victoria, telah menarik diri selepas unjuran kos penganjuran temasya itu melonjak daripada AUD2.6 bilion (kira-kira RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (RM21.78 bilion).
Berikutan itu, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) telah menawarkan suntikan dana sebanyak GBP100 juta (RM602 juta) kepada Malaysia, yang menjadi tuan rumah temasya pada 1998 dan ahli lain demi menyelamatkan temasya empat tahun sekali itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat berkata kerajaan akan meneliti butiran dan mendapatkan pandangan semua pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum membuat keputusan muktamad mengenai tawaran untuk menganjurkan temasya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Komanwel
#penganjuran
#atlet negara
#Nicol David
#persediaan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan