awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bapa, anak cedera tercampak ke dalam longkang
Amazon tamatkan sokongan model Kindle lama mulai Mei 2026
Mengamuk di KLIA kerana selisih faham dengan isteri, terlepas penerbangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATP perkenal sistem baharu tentukan ranking pemain tenis dunia

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
07/07/2020
02:38 MYT
ATP perkenal sistem baharu tentukan ranking pemain tenis dunia
ATP perkenal sistem baharu bagi tentukan ranking pemain. -Gambar fail
KEJOHANAN Tenis Lelaki Antarabangsa (ATP) memperkenalkan sistem baharu bagi menentukan ranking dunia ketika musim kejohanan bersambung semula Ogos nanti.
Ranking ini bagi menentukan kelayakan pemain untuk beraksi dalam kejohanan itu.
Jika sebelum ini ranking 18 pemain terbaik ditentukan berdasarkan jangka masa selama 52 minggu, ia kini merangkumi tempoh 22 bulan bermula Mac 2019 hingga Disember 2020.
Gelanggang tenis antarabangsa terhenti pada pertengahan Mac dengan Kejohanan Wimbledon dibatalkan dan Terbuka Perancis ditangguhkan ke September.
Begitu juga dengan proses penilaian ranking yang turut tergendala seketika.
Kejohanan jelajah lelaki akan bersambung pada 14 Ogos dengan Kejohanan Citi Open, ATP 500 di Washington DC.
Antara elemen penting yang akan disemak semula - kedudukan pemain kini akan terdiri daripada keputusan ‘18 terbaik’ dalam tempoh 22 bulan.
ATP turut memaklumkan mata siri jelajah yang diraih pada 2020 bagi mengira ranking pemain akan kekal pada ranking pemain untuk 52 minggu, atau sehingga kejohanan akan dilakukan semula atau yang mana berlangsung terlebih dahulu.
Keputusan dicapai setelah rundingan bersama Kejohanan Grand Slam dan ITF.
Topic Berkaitan
#ATP
#Citi Open
#Grand Slam
#Kejohanan Tenis Lelaki Antarabangsa
#ranking 18 pemain terbaik
#tenis
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan