awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azimat jurulatih buat Azeem

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2023
01:30 MYT
Azimat jurulatih buat Azeem
Amir (kiri) berharap Azeem berikan yang terbaik dalam akademik dan sukan sepanjang pengajian serta latihan di Universiti Auburn, Alabama. - Foto Agensi/Sinar Harian
JURULATIH pecut, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah berharap anak didiknya, Muhammad Azeem Fahmi ketika ini ‘berguru’ di Universiti Auburn, Alabama, Amerika Syarikat (AS) untuk memberikan yang terbaik dalam bidang akademik dan sukan.
Beliau juga mahu atlet berusia 19 tahun itu terus memandang ke depan berusaha dan menunjukkan peningkatan secara positif.
“Azeem perlu berusaha dan menunjukkan peningkatan secara positif dari satu tahap ke satu tahap,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.
Pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan masa 10.09 saat (s) itu ‘terbang’ ke negara Uncle Sam awal pagi Ahad untuk tempoh empat tahun sehingga Disember 2026.
Tahun pertama di Alabama, Azeem turut memasang impian untuk melayakkan diri ke Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Hungary pada Ogos dan seterusnya layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Mengulas sasaran itu mungkin memberi tekanan kepada Azeem, Amir yang mengenali Azeem sejak pelajar itu berumur 11 tahun berkata: “Secara peribadi saya berpandangan tiada tekanan sebab Azeem yang meletakkan sasaran itu,” katanya.
Sukan Sinar pada Sabtu melaporkan Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (Strategik), Suhardi Alias berharap Azeem tidak mencapai peak terlalu awal, sebaliknya meraih pencapaian positif sedikit demi sedikit.
Mengulas harapan itu, Amir bersetuju dan memberitahu bahawa kemuncak pencapaian adalah sesuatu yang subjektif.
Beliau juga percaya Azeem tidak mencapai kemuncak kejayaan terlalu awal sekiranya melalui proses dan program yang betul.
“Peak adalah sesuatu yang subjektif, tetapi saya bersetuju dengan pendapat tersebut. Kita perlu buat perancangan terbaik agar dapat mencapai sasaran itu.
“Mula berbicara sasaran tersebut dengan saya sejak mula berlatih pada 2018. Jadi kami bergerak secara sedikit demi sedikit sehingga mencapai 10.09s,” katanya.
Amir turut menitipkan pesanan buat atlet muda itu agar sentiasa cemerlang dalam akademik dan sukan dengan memastikan membawa pulang segulung ijazah.
Katanya, Azeem juga perlu memiliki hati dan jiwa yang kental untuk mencapai impian serta berusaha untuk menjadi yang pertama melakar catatan bawah 10s bagi acara 100m.
“Berlatih bersungguh-sungguh. Jaga solat, adab dan tutur kata. Sentiasa merendah diri dan hormat orang lain,” katanya.
Amir turut mendedahkan ada ‘mengintai’ bakat-bakat baharu untuk digilap dan diasah untuk menjadi atlet cemerlang seperti Azeem.
“Saya ada pelan (latih bakat baharu) dan sedang melatih bakat baharu, cuma perlu masa serta ruang mendapatkan atlet cemerlang seperti Azeem,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Azeem Fahmi
#jurulatih
#pelari pecut negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan