awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azizulhasni tahu tugasnya di Olimpik Tokyo - Pengurus Pasukan

Bernama
Bernama
09/07/2021
06:54 MYT
Azizulhasni tahu tugasnya di Olimpik Tokyo - Pengurus Pasukan
PKBM percaya Azizulhasni tahu apa yang beliau perlukan di Sukan Olimpik nanti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) merumuskan bahawa jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang tahu apa yang perlu dilakukannya di temasya Sukan Olimpik Tokyo yang akan membuka tirai pada 23 Julai ini.
Pengurus pasukan Datuk Ashakari Abu Noor berkata ini adalah pandangan PKBM selepas meneliti pandangan semua pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Beliau berkata, ketua jurulatih skuad berbasikal trek kebangsaan John Beasley juga telah memberikan senario terkini tentang prestasi pelumba negara dan PKBM yakin Mohd Azizulhasni mempunyai semua ramuan untuk merangkul pingat emas pertama di Sukan Olimpik.
"Rasanya semua orang telah menyantuni Azizulhasni dengan baik, semua keperluan telah dipenuhi kerana kita memang mahukan hasil yang positif daripada Sukan Olimpik di Tokyo.
"PKBM percaya Azizulhasni tahu apa yang beliau perlukan di Sukan Olimpik nanti. Beliau ialah seorang pelumba yang hebat, berpengalaman dan bijaksana orangnya," katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Ashakari meminta peminat sukan berbasikal negara sentiasa berdoa agar pelumba yang terkenal dengan julukan 'Pocket Rocketman' itu berjaya membawa pulang kilauan emas Sukan Olimpik dari Tokyo.
Ashakari yang pernah menjadi pengurus pasukan ke Sukan Asia 2014 ketika Mohd Azizulhasni meraih pingat emas di Incheon turut mempunyai pengalaman manis bersama juara dunia keirin 2017 di Kejohanan Lumba Basikal Asia 2009 (ACC 2009) di Kalimantan, Indonesia dan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
Mohd Azizulhasni dan seorang lagi pelumba negara Mohd Shah Firdaus Sahrom layak dalam acara keirin dan pecut individu secara merit di Tokyo 2020.
Di Sukan Olimpik Rio 2016, Mohd Azizulhasni melakar sejarah sebagai pelumba basikal pertama untuk meraih pingat di Olimpik, selepas memenangi pingat gangsa menerusi acara keirin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#The Pocket Rocketman
#sukan berbasikal
#Sukan Olimpik
#Olimpik Tokyo
#pingat emas
#prospek emas
#PKBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan