awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi akhiri saingan selaku naib juara

Astro Arena
Astro Arena
30/04/2023
15:40 MYT
BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi akhiri saingan selaku naib juara
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menamatkan perjalanan cemerlang mereka di Kejohanan Badminton Asia (BAC) sebagai naib juara susulan tewas di final kepada wakil India. - Stadium Astro
BEREGU lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, menamatkan perjalanan cemerlang mereka di Kejohanan Badminton Asia (BAC) sebagai naib juara susulan tewas di final kepada wakil India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam saingan yang berlangsung di Dubai, sebentar tadi.
Perjalanan cemerlang gandingan negara itu bermula apabila merekodkan kemenangan menakjubkan ke atas beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dan beregu Jepun yang berada di ranking keempat dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam perjalanan melangkah ke final.
Set pertama menyaksikan gandingan Malaysia dan India saling menguji kemampuan, corak permainan pantas membenarkan mereka mengutip mata demi mata sehingga kedudukan terikat 11-11 sebelum Rankireddy-Shetty kerap melakukan kesilapan di depan jaringan membenarkan Malaysia menang 21-16.
Skrip berbeza di set kedua, apabila Yew Sin-Ee Yi meneruskan momentum cemerlang dengan menghadirkan permainan yang berkualiti untuk selesa mendahului permainan 11-6.
Ketika perlawanan seakan memihak Yew Sin-Ee Yi, pasangan India berjaya mencari jalan untuk bangkit sebelum memastikan kemenangan 21-17 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Selepas berjaya hampir di keseluruhan permainan, gandingan India itu berjaya mencari jalan memintas Yew Sin-Ee Yi dengan mendahului 18-16 sebelum meleburkan peluang Malaysia dengan memenangi set penentuan 21-19.
Topic Berkaitan
#BAC 2023
#Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
#kejohanan badminton asia
#naib juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan