awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao

Bernama
Bernama
10/02/2025
23:40 MYT
BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao
Hoo Pang Ron (kanan) teruja dilantik sebagai kapten skuad kebangsaan bagi BAMTC 2025. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara Hoo Pang Ron sama sekali tidak menyangka akan terpilih untuk mengepalai cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di Qingdao, China, bermula hari ini hingga 16 Feb ini.
Menyedari tanggungjawab besar dipikulnya, Pang Ron yang teruja dilantik sebagai kapten skuad kebangsaan bagi kejohanan itu berharap dapat memimpin rakan sepasukan dengan baik selain menerapkan semangat juang tinggi ketika berentap di Conson Gymnasium.
"Harap dapat cipta suasana yang bagus dan pasukan saling menyokong dan bermain dengan lebih semangat," katanya dalam video dikongsi Persatuan Badminton Malaysia kepada media semalam.
Dalam pada itu, jurulatih perseorangan lelaki negara K. Yogendran berkata mereka akan turun dengan barisan terbaik untuk menentang Hong Kong pada aksi pembukaan Kumpulan B, Rabu ini.
Beliau turut gembira dengan semangat sepasukan serta tenaga dipamerkan pemain negara pada sesi latihan pagi semalam.
Malaysia, yang tidak pernah melepasi peringkat kumpulan sejak kejohanan tersebut mula dipertandingkan pada 2017, akan berdepan musuh ketat Indonesia, Khamis ini.
Hanya dua pasukan terbaik setiap kumpulan mara ke suku akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAMTC 2025
#Hoo Pang Ron
#Qingdao China
#K Yogendran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan