awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barcelona sahkan Messi jalani ujian masalah buah pinggang

Astro Arena
Astro Arena
09/02/2016
04:00 MYT
Barcelona sahkan Messi jalani ujian masalah buah pinggang
Barcelona mengesahkan Messi menjalani ujian lanjutan mengenai masalah buah pinggang hari ini selepas ujian pertama dilakukan pada Disember lalu. - Gambar Fail
PENYERANG sensasi Barcelona, Lionel Messi mungkin terlepas perlawanan kedua separuh akhir Copa del Rey menentang Valencia 11 Februari ini selepas dia dihantar untuk menjalani ujian perubatan buah pinggang.
Barcelona mengesahkan Messi menjalani ujian lanjutan mengenai masalah buah pinggang hari ini selepas ujian pertama dilakukan pada Disember lalu.
Pemain antarabangsa Argentina itu turut terlepas aksi Piala Dunia Kelab di Jepun baru-baru ini akibat kolik buah pinggang dan ketidakselesaan perut yang biasanya disebabkan oleh batu karang.
Media di Sepanyol pada Selasa melaporkan Messi mungkin menghadapi pembedahan kecil untuk membetulkan masalah tersebut, yang didakwa telah berlarutan sejak beberapa minggu lalu walaupun pemain berusia 28 tahun itu hanya terlepas satu perlawanan pada 2016 setakat ini.
Barca menjelaskan, ujian perubatan mengambil masa selama dua hari minggu ini dan menjangkakan penyerang itu akan kembali berlatih bersama pasukan pada Khamis.
"Messi akan dihantar untuk menjalani beberapa ujian pada Selasa dan Rabu untuk menilai perkembangan masalah buah pinggang yang dialaminya pada Disember lalu," menurut kenyataan Barcelona yang disiarkan di laman web rasmi mereka."Pada Khamis, pemain itu akan kembali berlatih bersama kesebelasan utama pasukan."
Pada perlawanan pertama separuh akhir Copa del Rey pada 4 Februari lalu, Barcelona meraih kemenangan besar 7-0 keatas Valencia di Stadium Mestalla.
Topic Berkaitan
#barcelona
#buah pinggang
#Lionel Messi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan