awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 rakyat Malaysia ditahan, 97kg syabu dirampas dalam tren Thailand
Liga Super: Kelantan TRW tewas 0-2 di laman sendiri
Khairy fokus kembali sertai UMNO, bincang kerusi PRU masih awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BATC 2022: Zii Jia tewaskan juara dunia dengan kemenangan 'straight set'

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
16/02/2022
10:35 MYT
BATC 2022: Zii Jia tewaskan juara dunia dengan kemenangan 'straight set'
Zii Jia menang bergaya menumpaskan, Loh Kean Yew dengan kemenangan 21-6, 21-14. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara mendahului pasukan Singapura pada aksi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) selepas Lee Zii Jia melakarkan kemenangan straight set pada petang Rabu.
Jaguh perseorangan lelaki negara itu menang bergaya menumpaskan juara dunia, Loh Kean Yew dengan kemenangan 21-6, 21-14 dalam aksi pertamanya selepas bergerak secara profesional.
Kemenangan hari ini juga membolehkan Zii Jia yang berada di kedudukan ranking ketujuh dunia menyamakan rekod keputusan pertemuan dengan Kean Yew 2-2.
Kali terakhir kedua-dua pemain yang semakin meningkat naik ini berentap adalah ketika pusingan akhir Terbuka Hylo di Jerman, November lalu yang mana pada ketika itu Kean Yew memperolehi kemenangan selepas Zii Jia menarik diri akibat kecederaan.
Dalam perkembangan sama, pasangan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan Danny Chrisnanta-Koh Eng Keat dari Singapura dengan satu lagi kemenangan straight set 21-14, 21-12 dalam aksi BATC sebentar tadi.
Topic Berkaitan
#badminton
#Lee Zii Jia
#BATC
#Loh Kean Yew
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan