awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beng Hee cabar atlet skuasy negara ke tahap lebih tinggi

Astro Arena
Astro Arena
22/06/2019
07:21 MYT
Beng Hee cabar atlet skuasy negara ke tahap lebih tinggi
Beng Hee (dua dari kiri) Beng Hee berharap pemain-pemain semasa skuad skuasy negara mampu mencapai tahap yang lebih tinggi dan berusaha bagi mengharumkan nama negara. - Astro Arena
BEKAS pemain skuasy negara, Ong Beng Hee, mahu barisan atlet skuasy negara mencipta lebih banyak kejayaan dalam pentas antarabangsa.
Bergelar pemain profesional bermula pada tahun 2000 hingga 2006, Beng Hee antara pemain skuasy negara yang pernah berdiri seiring dengan barisan pemain terbaik dunia.
Muncul juara Kejohanan Asia empat kali berturut sementara meraih dua pingat emas dalam Sukan Asia, pengalamannya membenarkan dirinya untuk meneruskan berkhidmat dalam skuasy dalam bidang kejurulatihan.
Kini, dia bergelar pengarah kejurulatihan skuasy serta ketua jurulatih skuasy Qatar berjaya meluaskan lagi pengalaman kepada bidang yang baru.
"Ia sangat menarik kerana ia telah membuka satu lagi pengalaman baru buat saya. Saya kini lebih mendalami bidang kejurulatihan dan pengurusan," kata Beng Hee.
"Saya sudah berada di Qatar selama dua tahun. Saya di sini bukan sahaja menyediakan program latihan tetapi turut menjalankan kejohanan tempatan dan bertaraf PSA. Tahun ini kami akan menganjurkan Kejohanan Dunia Lelaki Skuasy yang bakal berlangsung di Doha dari 31 Oktober hingga 8 November.
"Malaysia akan sentiasa menjadi pilihan namun buat masa ini, saya cuba memperoleh pengalaman di Qatar dan berharap meningkatkan lagi sukan skuasy ke tahap yang lebih tinggi.
"Skuasy Qatar masih lagi dalam fasa pembangunan dan ketinggalan di belakang Malaysia. Dalam tempoh dua tahun saya berkhidmat, kami lebih mengutamakan program akar umbi serta usaha untuk memupuk minat terhadap sukan skuasy di Qatar.
Beng Hee berharap pemain-pemain semasa skuad skuasy negara mampu mencapai tahap yang lebih tinggi dan berusaha bagi mengharumkan nama negara.
"Sebagai generasi emas seiring dengan Mohd Azlan Iskandar (bekas pemain nombor 10 dunia) dan Nicol David (bekas nombor satu dunia), harapan saya adalah melihat pemain-pemain yang sedang meningkat naik seperti S. Sivasangari, Ng Eain Yow, Ivan Yuen and Low Wee Wern menyerlah. Ia merupakan peluang mereka untuk menyinar dan memahat nama mereka di pentas antarabangsa."
Topic Berkaitan
#Malaysia
#ong beng hee
#pemain negara
#pemain pelapis
#Skuasy
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan