awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabaran Shah Firdaus di Perancis berakhir

Bernama
Bernama
15/10/2022
22:15 MYT
Cabaran Shah Firdaus di Perancis berakhir
Pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022 dalam acara keirin lelaki tewas dengan perbezaan masa 0.073 saat (s) kepada wakil Jepun Kaiya Ota. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Cabaran pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2022 di Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis berakhir selepas tersingkir dalam pusingan pertama acara pecut lelaki individu, pada Sabtu.
Pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022 dalam acara keirin lelaki tewas dengan perbezaan masa +0.073 saat (s) kepada wakil Jepun Kaiya Ota dalam kejohanan yang berlangsung di Velodrom Nasional, venue sama untuk Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.
Ota yang melintasi garisan penamat dengan catatan masa 10.272s akan berhadapan Rayan Helal selepas pelumba Perancis itu merekodkan 10.028s untuk menewaskan seorang lagi pelumba Jepun, Kento Yamasaki.
Sabtu lepas, Shah Firdaus gagal mara dalam final keirin lelaki selepas menamatkan saringan pertama separuh akhir di kedudukan keenam.
Pelumba berasal dari Johor itu memulakan kempen dengan langkah kiri Rabu lepas selepas beliau dan dua lagi rakan sepasukan Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Muhammad Ridwan Sahrom mengakhiri kelayakan acara pecut berpasukan lelaki di tempat ke-11 daripada 17 negara peserta dan gagal untuk berada dalam kelompok pasukan lapan terbaik untuk mara ke pusingan pertama.
Kejohanan lima hari itu berakhir hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shah Firdaus
#Kejohanan Berbasikal Trek Dunia
#acara pecut lelaki individu
#pusingan pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan