awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cahaya mata keempat hadiah hari lahir buat Azizulhasni

Bernama
Bernama
05/01/2024
12:58 MYT
Cahaya mata keempat hadiah hari lahir buat Azizulhasni
Isteri kepada Azizulhasni, Athiah Ilyana Abd Samat selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka di Melbourne, Australia hari ini. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang mendapat hadiah hari lahir yang sangat bermakna pada usia 36 tahun apabila isterinya Athiah Ilyana Abd Samat selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka di Melbourne, Australia hari ini.
"Syukur isteri yang tersayang memberikan hadiah hari lahir yang sangat bermakna. Hadiah yang tidak disangka ini hadir beberapa minggu awal dan memberi kejutan besar buat kami sekeluarga," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Mohd Azizulhasni yang diberi julukan 'The Pocket Rocketman' itu berkata ia bermula dengan menemani isteri untuk pemeriksaan mingguan sebelum doktor memberitahu yang bayi 'sudah tidak sabar untuk keluar'.
"Maka berakhirlah kami berdua di bilik bedah hanya beberapa jam selepas itu. Alhamdulillah syukur isteri dan baby sihat walafiat dan dilindungi oleh Allah SWT.
"Masyaallah Tabarakallah sekarang saya adalah ayah kepada empat orang anak, semoga Allah SWT memberikan balasan syurga kepada isteri yang banyak berkorban. Saya sangat sayangkan awak sayang," katanya.
Bagaimanapun, pemenang pingat perak keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu masih berteka-teki mengenai jantina anak keempatnya itu sama ada lelaki atau perempuan.
Beliau yang kini berada di Melbourne dalam persiapan untuk menghadapi baki kejohanan sebelum ke Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#azizulhasni dapat anak
#Melbourne
#cahaya mata keempat
#The Pocket Rocketman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan