awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei tidak pandang rendah keupayaan lawan

Bernama
Bernama
23/02/2013
14:45 MYT
Chong Wei tidak pandang rendah keupayaan lawan
Pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tidak memandang rendah keupayaan lawannya pada Kejohanan Badminton All-England yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 10 Mac ini di National Indoor Arena, Birmingham, England.
Beliau berkata walaupun juara bertahan yang juga musuh ketatnya, Lin Dan China mengesahkan tidak hadir pada kejohanan tahun ini, namun pemain-pemain lain dari negara 'Tembok Besar' itu seperti Chen Jin dan Chen Long mampu memberikan saingan sengit kepada beliau.
Katanya selain harus berwaspada dengan taktikal pemain dari negara berkenaan, pemain dari Indonesia dan Korea juga mampu menggugat peluang beliau meraih gelaran acara perseorangan lelaki buat kali ketiga.
"Saya tidak akan terburu-buru untuk menamatkan sesebuah perlawanan pada kejohanan itu nanti, sebaliknya akan menghadapi satu demi satu perlawanan dengan sabar," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina syarikat pembinaan miliknya, Chong Wei Binajaya Sdn Bhd.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik London 2012 itu berkata beliau telah memulakan latihan ringan sejak dua minggu lepas bagi memastikan tahap kecergasannya tidak menurun untuk menghadapi kejohanan badminton berprestij itu yang merupakan antara kejohanan Siri Super Premier menawarkan hadiah wang tunai lumayan.
Mengulas mengenai peluang beliau memenangi kejohanan badminton berkenaan tahun ini, anak jati Pulau Pinang itu meletakkan peluangnya 50:50.
"Saya tahu ramai pihak meletakkan sasaran untuk saya muncul juara namun bagi saya mahu memastikan dapat mempamerkan prestasi terbaik pada kejohanan tahun ini," katanya.
Chong Wei berkata beliau akan berlepas ke England pada Sabtu depan (2 Mac) untuk menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang kejohanan sebelum turun menghadapi pemain muda Hong Kong, Wing Ki Wong pada pusingan pertama.
Untuk rekod, Chong Wei pernah memenangi Kejohanan Badminton All-England sebanyak dua kali berturut-turut pada 2010 dan 2011.
Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan pada tahun berikutnya selepas mengalami kecederaan bahu pada set kedua ketika menentang Lin Dan pada perlawanan akhir.
Topic Berkaitan
#all england
#badminton
#Lee Chong Wei
#Lin Dan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan