awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

City tersingkir gara-gara longlai pada babak pertama - Guardiola

Astro Arena
Astro Arena
16/03/2017
03:59 MYT
City tersingkir gara-gara longlai pada babak pertama - Guardiola
Pemain Monaco, Tiemoue Bakayoko (kanan) dan Kylian Mbappe merakan gol sewaktu pasukan mereka menentang Manchester City. - AP
MONACO 1 MANCHESTER CITY 3 (Agregat 6-6)
Pep Guardiola berkata prestasi kurang memberangsangkan pada separuh masa pertama membawa kepada penyingkiran Manchester City daripada Liga Juara-Juara Eropah berikutan kekalahan perlawanan kedua 1-3 di Monaco, awal pagi tadi.
City membawa kelebihan 5-3 selepas perlawanan pertama tetapi ketinggalan pada minit ke-10 minit apabila Kylian Mbappe menjaringkan gol dari jarak dekat, dengan Fabinho menyamakan agregat sebelum rehat.
Leroy Sane menyusup dari sudut sukar selepas 71 minit untuk City kembali di depan tetapi tandukan Tiemoue Bakayoko daripada sepakan percuma Thomas Lemar melengkapkan jaringan dan membawa tuan rumah mara menerusi peraturan gol di tempat lawan, 6-6.
Guardiola memuji peningkatan pasukannya selepas rehat tetapi menerima hakikat City tidak beraksi baik pada separuh pertama permainan, dengan menjawab "45 minit" ketika ditanya mengapa City gagal mara ke suku akhir.
Ia adalah kali pertama jurulatih Catalan itu tersingkir dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara dalam kerjaya kejurulatihannya.
"Kami bermain dengan luar biasa pada separuh kedua tetapi dalam separuh pertama kami, terlupa untuk berada di sana," kata Guardiola kepada BT Sport.
"Kami adalah satu pasukan yang mahu mempertahankan dengan agresif tanpa bola. Pada separuh kedua, kami bermain cukup baik, lebih baik tetapi ia tidak mencukupi.
"Ia berlaku, pasukan lawan berada di sana dan kami akan belajar. Kami mempunyai skuad yang kurang berpengalaman dalam pertandingan ini.
"Pada separuh masa kedua, kami mempunyai peluang untuk menjaringkan banyak gol. Kami tidak menyempurnakannya dan itulah sebab kami tersingkir. "
Guardiola kecewa apabila menyaksikan cara mudah Lemar menerusi sepakan percuma, menghantar bola ke dalam kotak yang disudahkan Bakayoko untuk gol penting tetapi aksi keseluruhan City menunjukkan jurulatih berusia 46 tahun itu kecewa.
"Ia mengenai sedikit butiran -- sepakan percuma begitu penting pada peringkat ini -- tetapi pada separuh pertama kami bermain tidak seperti biasa," kata Guardiola. "Itu adalah satu-satunya perkara yang membuatkan saya sedih.
"Lawan boleh mengalahkan anda tetapi kami tidak berada di sana dan kami sepatutnya berada di sana.
"Kami akan cuba memperbaiki tetapi persaingan begitu mencabar dan kadang-kadang anda perlukan sedikit tuah pada saat-saat ini. Kami tidak bernasib baik."
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Liga juara eropah
#Manchester City
#Monaco
#Pep Guardiola
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan