awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua atlet positif doping digugur daripada program 'Kita Juara 2017'

Astro Arena
Astro Arena
20/04/2016
14:00 MYT
Dua atlet positif doping digugur daripada program 'Kita Juara 2017'
Jika enggan jalani ujian sampel B, mereka berdepan hukuman tatatertib oleh PABM dan juga penggantungan mandatori selama empat tahun. - Gambar Astro ARENA
MAJLIS Sukan Negara (MSN) mengesahkan dua atlet angkat berat yang positif ujian doping digantung daripada program "Kita Juara 2017"
Menurut Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, penggantungan itu berkuatkuasa serta merta, selepas Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengumumkan dua atletnya didapati positif dadah jenis steroid pada Jumaat lalu.
Identiti mereka bagaimanapun tidak didedahkan dan mereka punyai tempoh dua minggu bagi mencabar keputusan sampel B."Setakat ini kita gantung dia daripada program "Kita Juara". Dia tidak akan mendapat apa-apa pakej daripada Majlis Sukan Negara sehingga mereka membuat keputusan sama ada akan merayu sampel B diuji ataupun tidak. Sehingga itu, kita kekalkan mereka sebagai atlet yang digantung daripada program kita juara," katanya.
Shapawi turut menjelaskan pihaknya sudahpun bertemu dengan kedua-dua atlet berkenaan sebaik sahaja mereka dihantar pulang dari kem latihan di China.
Mereka telah diberi penerangan terhadap kes ini dan diberi pelepasan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Jika enggan jalani ujian sampel B, mereka berdepan hukuman tatatertib oleh PABM dan juga penggantungan mandatori selama empat tahun.
Topic Berkaitan
#Ahmad Shapawi Ismail
#Kita Juara 2017
#MSN
#PABM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan