awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah tetapkan 6 Mei laporan bedah siasat, toksikologi Suri Narudin
PU Amin, PU Rahmat, Imam Asyraf bawa 30 kontena bantuan ke Rafah - 'Kami akan berkorban untukmu al-Aqsa'
Ardell, Haroqs, Heliza, Hazwani, ZRA kembali galas misi ke Gaza - 'Selamat pecahkan kepungan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam atlet terjun positif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2022
12:14 MYT
Enam atlet terjun positif COVID-19
Kata Ahmad Shapawi, pihaknya bersama dengan Jabatan Kesihatan Daerah sedang giat mengambil langkah-langkah perlu termasuk melakukan pengesan kontak rapat. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Seramai enam atlet sukan terjun disahkan positif COVID-19 selepas salah seorang daripada mereka menjadi kontak rapat kepada individu positif wabak berkenaan baru-baru ini.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata individu berkenaan telah dijangkiti daripada salah seorang anggota keluarganya sebelum menjalani mengikuti latihan di Kompleks Sukan Negara.
Katanya, tanpa disedari atlet berkenaan telah menjangkiti lima atlet lain dan kini kesemua mereka telah ditempatkan di Kompleks Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan untuk tujuan pengasingan dan pemantauan.
"Buat masa ini di kem latihan atlet negara di Bukit Jalil, satu kluster COVID-19 dikesan melibatkan skuad terjun.
"Ketika ini enam orang disahkan positif tetapi kesemuanya tidak menunjukkan apa-apa simptom," katanya ketika bercakap dengan pemberita selepas majlis perasmian pembukaan Akademi Tunas Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) di Hulu Kinta, dekat sini pada Sabtu.
Majlis dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Tambah Ahmad Shapawi lagi, pihaknya bersama dengan Jabatan Kesihatan Daerah sedang giat mengambil langkah-langkah perlu termasuk melakukan pengesan kontak rapat.
Ditanya sama ada MSN akan melaksanakannya latihan atlet berdasarkan kepada sistem gelembung sukan, Ahmad Shapawi berpandangan perlaksanaannya tidak perlu.
Sebaliknya kata beliau, MSN meminta agar semua atlet dapat melakukan kawalan kendiri bagi mengelak kejadian sama berulang.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Majlis Sukan Negara
#kontak rapat
#Atlet Terjun
#MSN
#Ahmad Shapawi Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan