awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Salah barakan tiga mata Liverpool di Anfield

Sinar Harian
Sinar Harian
31/03/2024
21:30 MYT
EPL: Salah barakan tiga mata Liverpool di Anfield
Pemain Brighton Jakub Moder (kiri) cuba merebut bola yang dibawa Mohamed Salah (tengah) ketika perlawanan EPL antara Liverpool dan Brighton & Hove di Stadium Anfield, Liverpool, England, 31 Mac 2024. (Foto AP)
LIVERPOOL melakar kemenangan ke-20 selepas bangkit ketinggalan satu gol ketika melayan kunjungan Brighton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield pada Ahad.
Tiga mata diraih anak buah Jurgen Klopp membolehkan The Reds menambah kutipan mata ke angka 67 ketika saingan berbaki sembilan perlawanan.
The Seagulls yang diaktifkan Roberto De Zerbi terlebih dulu bermula garang apabila mengegarkan gawang The Reds hasil jaringan bekas bintang Manchester United, Arsenal dan Watford, Danny Welbeck seawal minit kedua.
Gol pendahuluan pelawat itu tidak bertahan lama apabila Liverpool yang mula bangkit dari lamunan kembali menyamakan kedudukan menerusi sentuhan bintang Colombia, Luis Díaz dengan jaringan minit ke-27 bagi kedudukan 1-1 separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, jentera depan Liverpool dan Brighton meningkatkan tekanan, namun ketumpulan penyudah menjadi penghalang.
Bagaimanapun Liverpool akhirnya berjaya menemui gol tiga mata apabila Mohamed Salah meledak jaringan kedua The Reds pada minit ke-65 untuk kedudukan kekal 2-1. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Liverpool
#Mohamed Salah
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan