awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

E-sukan: Pemain profesional ketandusan jurulatih berkualiti

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
27/04/2018
01:29 MYT
E-sukan: Pemain profesional ketandusan jurulatih berkualiti
Jeffery Chan juga pernah menjadi pengurus Besar Fire Dragoon yang dijenamakan semula sebagai FrostFire. Dia ditugaskan untuk menguruskan bahagian perniagaaan dan pembangunan e-sukan dalam organisasi tersebut. - Foto Fire Dragoon
Perkhidmatan jurulatih perlu dititikberatkan bagi mengukuhkan jangka masa panjang pembangunan e-sukan negara ini selain melahirkan pemain yang berkualiti tinggi, cadang Pengurus Besar organisasi e-sukan FrostFire Jeffery Chan.
Jeffery berkata, kebanyakan pemain profesional di Malaysia masih lagi muda dan mereka perlukan mentor yang berpengalaman serta berkarisma untuk memimpin mereka.
"Pemain-pemain e-sukan di Malaysia ini berada dalam lingkungan usia antara 16 sehingga 23 tahun.
"Jika dalam dunia korporat, eksekutif dan pengurus memerlukan mentor, maka saya tidak nampak kenapa pemain profesional ini tidak memerlukan perkhidmatan jurulatih.
"Jurulatih yang berkarisma mampu membentuk falsafah dan jati diri pemain serta menjadikan mereka ahli pasukan yang baik," katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.
Jelas Jeffery, dia juga mengharapkan supaya kerajaan mewujudkan geran untuk diberikan kepada organisasi-organisasi e-sukan tempatan untuk membina infrastruktur dan keperluan-keperluan pemain yang lebih baik.
BACA: 'Pro gamer' mahu badan disiplin ditubuhkan, jamin kebajikan atlet
"Saya mengharapkan pasukan profesional di negara ini dijaga dengan baik. Sama seperti sukan bola sepak, duit diperuntukkan untuk memastikan fasiliti disediakan dan menggaji jurulatih, pengamal sains sukan dan penganalisis.
"Pemain memang mempunyai abiliti dan skil tersendiri namun mereka harus mempunyai kefahaman falsafah, formasi strategi dan corak permainan yang sama jika berada dalam satu pasukan.
"Memang kehadiran jurulatih mungkin tidak akan memberi impak secara menyeluruh secara tiba-tiba namun dengan seseorang perlu memastikan kekentalan pemain berada di tahap bersedia," tambahnya.
FIFA Online 3: Fire Dragoon muncul sebagai juara Fantasy CUP 2018
Jeffery sebelum ini juga pernah menjadi pengarah besar Fire Dragoon sebelum ia dijenamakan semula sebagai FrostFire.
Ditubuhkan pada 2015, organisasi tersebut bermula dengan dua pasukan e-sukan iaitu Defense of the Ancients 2 (DotA 2) and League of Legends (LoL).
Kini organisasi tersebut telah berkembang dan menguruskan beberapa pasukan e-sukan termasuk Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO), FIFA, Arena of Valor and Overwatch dengan pencapaian yang membanggakan di peringkat kebangsaan dan di luar negara.
Topic Berkaitan
#Esukan
#Jeffery Chan
#jurulatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan