awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2020: Itali atau England, siapa bakal bergelar 'Raja Eropah'?

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
11/07/2021
08:18 MYT
Euro 2020: Itali atau England, siapa bakal bergelar 'Raja Eropah'?
Perlawanan akhir Euro 2020 England bertemu Itali, awal pagi Isnin.
SEJAK memenangi Piala Dunia 1966, England terpaksa menelan kepahitan tewas di peringkat separuh akhir dalam lima kejohanan utama selepas itu; Euro '68 dan '96, Piala Dunia 1990 dan 2018 dan UEFA Nations League 2019.
Dalam Euro kali ini, mereka berjaya menewaskan Jerman dan Ukraine sebelum melakar sejarah menyekat kemaraan Denmark, sekali gus mendapat peluang untuk mengakhiri penantian 55 tahun.
Gelaran tunggal Euro buat Itali pula muncul ketika mereka menjadi tuan rumah pada tahun 1968. Tewas di final pada tahun 2000 dan 2012, skuad Azzurri kini dengan misi menebus kekalahan itu selepas berjaya mengalahkan Sepanyol dalam separuh akhir menerusi sepakan penalti, Selasa lalu.
Bagi England pula, pastinya gegak gempita di Stadium Wembley malam ini akan menjadi pembakar semangat mereka.
Berbeza dengan England, Itali sedar mereka telah mencapai sesuatu yang istimewa dan berjaya mendapatkan kembali sokongan padu rakyat negara itu, malah reputasi di peringkat antarabangsa juga berjaya diperbaiki.
Skuad Itali.
Skuad Itali.
"Kami telah berusaha untuk ini selama bertahun-tahun, jadi kami sangat gembira dan saya berterima kasih kepada para pemain atas kerja keras mereka.
"Hanya selepas kita menang Ahad ini, barulah kita boleh katakan ia satu kejayaan," kata jurulatih Itali, Roberto Mancini.
"Kami percaya dengan pasukan ini. Kami mempunyai kekuatan tetapi banyak kemungkinan boleh terjadi dalam perlawanan sebesar ini dan kami perlu memastikan kami berada di tempat yang sepatutnya.
"Kami bermula dengan misi untuk menang dan sekarang kami dapat peluang itu," kata Harry Kane, kapten England.
Skuad England.
Skuad England.
Jika dilihat di media sosial, rakyat Malaysia yang rata-ratanya pengikut Liga Perdana Inggeris nampaknya bersemangat menyokong England.
Di era sebelum pandemik, pastinya restoran-restoran mamak akan dibanjiri orang ramai untuk sama-sama menyaksikan perlawanan. Tetapi tidak kali ini kerana sokongan hanya boleh dizahirkan di rumah masing-masing. Kemeriahan pasti tidak sama, namun sokongan tetap diberikan.
Jadi siapa bakal bergelar 'Raja Eropah'? Semuanya terjawab awal pagi esok, England bertemu Itali, jam 3 pagi waktu Malaysia.
Topic Berkaitan
#Euro 2020
#England
#Itali
#media sosial
#Piala Dunia
#Liga Perdana Inggeris
#Stadium Wembley
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan