awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

F1 penyumbang utama industri sukan negara

Bernama
Bernama
29/01/2013
22:18 MYT
F1 penyumbang utama industri sukan negara
Penganjuran Formula One (F1) di Malaysia merupakan antara penyumbang utama kepada industri sukan di negara ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Katanya acara itu bukan sahaja menjana pendapatan sektor pelancongan tetapi juga pemangkin yang menghubungkan pelbagai aspek lain dalam rantaian bekalan.
"Daripada mekanik yang berdedikasi menambah baik enjin Proton pelanggan mereka untuk perlumbaan tempatan akan datang kepada jenama besar seperti Petronas, AirAsia dan Naza yang memanfaatkan kebolehpasaran F1," katanya ketika berucap pada pelancaran rasmi Grand Prix (GP) F1 Petronas Malaysia 2013, di sini hari ini.
Malaysia akan menganjurkan pusingan kedua daripada 20 perlumbaan FIA Formula One World Champiosnhip, dari 22 hingga 24 Mac ini di Litar Sepang.
Musim baru ini akan bermula dengan GP Australia dari 15 hingga 17 Mac di Albert Park, Melbourne.
Antara yang hadir pada majlis itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abas serta Pengerusi Sepang International Circuit (SIC) Datuk Mokhzani Tun Mahathir.
Ahmad Shabery berkata berdasarkan kajian PricewaterhouseCoopers Capital Sdn Bhd, GP Malaysia 2011 menjana aktivi ekonomi bernilai RM385 juta, iaitu pulangan tiga kali ganda pelaburan kerajaan dalam F1.
Pada majlis itu, penaja utama kejohanan Petronas dan penganjur acara SIC melancarkan pakej khas 'One Ticket Unlimited' (1TU) yang membolehkan peminat menikmati pelbagai keistimewaan.
Antaranya diskaun tambahan membeli-belah semasa kempen '1Malaysian GP Sale' sepanjang bulan Mac, selain berpeluang menyaksikan konsert selepas perlumbaan yang menampilkan kumpulan rock Guns N Roses pada 24 Mac secara percuma bagi pemegang tiket grandstan, manakala bagi 'hillstand' hanya perlu membayar RM120.
Keistimewaan lain termasuk pengangkutan menerusi ERL atau Skybus, baucar makanan dan minuman serta barangan eksklusif ulang tahun ke-15 GP Malaysia.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
#F1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan