awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faisal Halim tidak terima pelawat, dipantau rapi selepas pembedahan ketiga - Exco

Bernama
Bernama
11/05/2024
08:15 MYT
Faisal Halim tidak terima pelawat, dipantau rapi selepas pembedahan ketiga - Exco
Prosedur pemindahan kulit sihat ke kawasan tubuh yang mengalami kelecuran dilalui Faisal pada Jumaat lepas, memerlukan pemain itu diasingkan daripada orang biasa. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Pemain Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim atau dikenali Faisal Halim yang kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan ketiga tidak dibenarkan menerima pelawat.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi berkata pemain sayap sensasi Harimau Malaya itu perlu berada dalam pemantauan rapi untuk tempoh dua minggu akan datang.
Beliau berkata prosedur pemindahan kulit sihat ke kawasan tubuh yang mengalami kelecuran (skin allograft) dilalui Faisal pada Jumaat lepas, memerlukan pemain itu diasingkan daripada orang biasa.
"Keadaan Faisal adalah stabil namun tempoh dua minggu mendatang ini sangat penting serta kritikal memandangkan prosedur skin allograft, beliau diasingkan dengan pemantauan rapi dan ketat oleh pasukan perubatan.
"Untuk itu, Faisal juga tidak dibenarkan menerima sebarang pelawat dalam tempoh pemantauan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada 5 Mei lepas, Faisal mengalami kelecuran tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.
Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira 5 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#Selangor FC
#disimbah asid
#Pembedahan
#Mohd Najwan Halimi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan