awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
Rasuah e-waste: Kertas siasatan diserah kepada AGC Jumaat ini - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM akan siasat Marco

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2013
02:19 MYT
FAM akan siasat Marco
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan melakukan siasatan terhadap ejen bola sepak, Marco Guimaraes susulan kepulangan mengejut Nazmi Faiz Mansor dan terbaru, Ahmad Fakri Saarani.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengakui ia situasi yang membimbangkan walaupun ejen terbabit sah berdaftar bersama FIFA.
"Sekarang dah jadi dua kali melibatkan ejen yang sama, pihak FAM bagaimanapun akan membuat penyiasatan dengan lebih teliti berkenaan ejen ini berasaskan pemain di bawah pengurusan beliau,” kata Azzuddin.
Tambah Azzuddin, siasatan akan dilakukan dibawah jawatankuasa integriti badan induk itu.
Mengulas lanjut, Azzuddin yang kecewa dengan keputusan Fakri itu berkata FAM bersedia mengambil satu langkah drastik mewujudkan satu peraturan baru ke atas mana-mana pemain yang mahu berhijrah ke luar negara.
Tanpa perlu lagi mengambil khidmat ejen sebagai orang tengah, FAM sendiri akan bertindak sebagai pengantara dengan kelab luar negara yang berminat mahu mendapatkan khidmat pemain tempatan.
"Ini bukan kerana FAM mahu mencampur tangan, namun dari segi kebaikan pemain itu sendiri,” tambahnya.
Bagaimanapun, Azzuddin menjelaskan idea itu masih di peringkat cadangan supaya insiden yang berlaku kepada Fakri dan Nazmi tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.
“Ianya bukan satu keputusan yang tetap buat masa kini oleh kerana masih perlu meminta pandangan dari pihak AFC dan FIFA."
Topic Berkaitan
#Fakri Saarani
#Marco Guimaraes
#Nazmi Faiz Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan