awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAP tolak peletakan jawatan Zairil sebagai presiden

Bernama
Bernama
11/10/2017
23:29 MYT
FAP tolak peletakan jawatan Zairil sebagai presiden
Berbaki satu perlawanan sebelum Liga Malaysia 2017 berakhir, Pulau Pinang hanya mengumpul 12 mata daripada 21 perlawanan dan kini menduduki tangga tercorot liga.
Barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) malam semalam sebulat suara menolak peletakan jawatan Zairil Khir Johari sebagai presiden FAP.
Timbalan Presiden FAP Datuk Gary Nair menyifatkan keputusan Zairil meletak jawatan itu tiga hari lalu, sebagai tindakan tergesa-gesa kerana menyebabkan pengurusan dan pentadbiran FAP dalam keadaan tidak menentu.
"Kami adakan mesyuarat dan bertanyakan pendapat semua anggota majlis FAP. Kami semua sebulat suara tidak menerima peletakan jawatan Zairil sebagai presiden.
"Kita dah tubuhkan sebuah jawatankuasa kecil untuk berjumpa dan memujuk Zairil untuk kekal sehingga penghujung musim. Kita juga ada kekangan kewangan, di mana kita nak cari duit. Kami tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.
"Anggota majlis dah bersetuju untuk meminta Zairil tunggu sekurang-kurangnya sampai AGM (mesyuarat agung tahunan) November ini. Selepas itu, siapa nak jadi presiden terpulang kepada FAP untuk tentukan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu, di sini malam tadi.
Selasa lepas, Zairil mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta selepas pasukan Liga Super Pulau Pinang tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan.
Zairil berkata beliau selaku presiden FAP mengambil tanggungjawab penuh terhadap kegagalan pasukan Pulau Pinang untuk kekal di Liga Super dengan meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.
Berbaki satu perlawanan sebelum Liga Malaysia 2017 berakhir, Pulau Pinang hanya mengumpul 12 mata daripada 21 perlawanan dan kini menduduki tangga tercorot liga.
Gary berkata pihaknya akan berjumpa dengan Zairil dalam masa terdekat untuk membincangkan perkara tersebut.
"Kami juga akan berjumpa Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam masa terdekat. Kami mahu selesaikan perkara ini dengan elok. Kita boleh berbincang untuk tentukan hala tuju pasukan bola sepak Pulau Pinang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAP
#Gary Nair
#jawatankuasa kecil
#kekangan kewangan
#letak jawatan
#Liga Malaysia
#Liga Perdana
#Liga Super Pulau Pinang
#Lim Guan Eng
#mengambil tanggungjawab
#presiden
#pulau pinang
#Zairil Khir Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan