awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Frost ada strategi untuk skuad Piala Thomas, Uber

Astro Arena
Astro Arena
20/04/2016
02:00 MYT
Frost ada strategi untuk skuad Piala Thomas, Uber
FROST: Kita masih berpeluang dan akan bekerja keras.
PENGARAH Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost mahu skuad Piala Thomas negara membina momentum di peringkat kumpulan sebelum aksi getir berdepan Korea.
Jadual perlawanan saingan Piala Thomas dan Uber diumum pada Selasa menyaksikan Malaysia membuka kempen Piala Thomas dengan pertemuan menentang England, dan disusuli aksi kedua bertemu Jerman.
Namun perlawanan yang dinantikan sudah pasti aksi terakhir dengan Korea yang berkemungkinan menentukan siapa juara Kumpulan C.
"Ia seperti yang dijangkakan dan saya gembira mengenainya. Jelas sekali pilihan bagi kumpulan lelaki adalah Korea dan Malaysia.
"Kedua-dua pasukan dijangka mengatasi England dan Jerman," katanya.
Sementara itu, saingan Piala Uber menyaksikan Malaysia membuka kempen menentang juara bertahan, China.
Denmark menanti cabaran barisan wanita negara sebelum Sepanyol menjadi lawan terakhir dalam Kumpulan A.
Menyedari China bukan tandingan, amat penting buat skuad Uber untuk melakar keputusan positif dalam dua lagi baki pertemuan.
"China mungkin bukan lawan yang boleh kita ditumbangkan.
"Mereka terlalu kuat, bagaimanapun kami rasa berhadapan dengan Sepanyol dan Denmark kami masih berpeluang dan akan bekerja keras," ujarnya.
Topic Berkaitan
#badminton
#morten frost
#Piala Thomas
#Piala Uber
#skuad badminton negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan