awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal sumbat gol, Allegri tetap teruja aksi pertama Ronaldo

Astro Arena
Astro Arena
19/08/2018
02:27 MYT
Gagal sumbat gol, Allegri tetap teruja aksi pertama Ronaldo
Cristiano Ronaldo (tengah) melompat ketika cuba mengambil bola dalam perlawanan Serie A antara Chievo Verona dan Juventus, di Stadium Bentegodi, Verona, Itali, 18 Ogos, 2018. (Foto AP)
CRISTIANO Ronaldo gagal menjaringkan gol dalam penampilan pertama bersama Juventus tetapi pengendali pasukan, Massimiliano Allegri, tetap teruja dengan prestasi yang dipamerkan bintang Portugal itu ketika menewaskan Chievo 3-2.
Selepas menjaringkan gol dalam kesemua 10 musim LaLiga bersama Real Madrid, Ronaldo gagal membuka akaun jaringan dalam Serie A sewaktu mengharungi aksi pertama walaupun membuat lapan percubaan.
Pasukannya ketinggalan 2-1 selepas 15 minit dan terpaksa menunggu jaringan sendiri Mattia Bani untuk mengikat kedudukan sebelum Bianconeri mengesahkan tiga mata menerusi gol dalam waktu kecederaan oleh Federico Bernardeschi.
Sebelum jaringan itu, Juve sekadar menyaksikan gol sumbangan Mario Mandzukic dibatalkan pengadil selepas Ronaldo didakwa melakukan rempuhan terhadap penjaga gol, Stefano Sorrentino.
Walaupun Ronaldo tidak terlibat dalam ketiga-tiga gol yang dikutip Juve, Allegri tetap tidak mengelak untuk memuji aksi kapten Portugal itu.
"Permainannya tampak bagus," kata Allegri.
"Malangnya, dia tidak menjaringkan gol. Dia bekerjasama dengan bagus bersama pasukan, jadi saya boleh katakan dia bermain baik. Anda boleh lihat dia memberikan perbezaan."
Chievo tewas dalam enam pertemuan Serie A dengan Juventus sebelum ini, namun rekod buruk itu kelihatan mampu dipadamkan selepas mendahului 2-1 dalam babak kedua.
Selepas Bernardeschi dibawa masuk, sepakan sudut yang disempurnakan pemain sayap Itali itu menyebabkan Bani menjaringkan gol sendiri sebelum dia meletakkan nama dalam senarai penjaring untuk memberikan kemenangan.
"Ia adalah satu kemenangan yang diperlukan," tambah Allegri.
"Anda tahu kesukaran untuk memenangi liga pada tahun ini dan tiga mata ini adalah permulaan yang baik.
"Anda harus gembira dengan kemenangan. Dalam tiga aksi awal, penting untuk membawa pulang mata penuh," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Chievo
#Cristiano Ronaldo
#gagal
#gol
#Juventus
#LaLiga
#Massimiliano Allegri
#Serie A
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan