awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hannah ucap tahniah kepada Mohamad Yusof sambar jersi pelangi kejuaraan dunia

Bernama
Bernama
20/10/2025
21:15 MYT
Hannah ucap tahniah kepada Mohamad Yusof sambar jersi pelangi kejuaraan dunia
Mohamad Yusof menjadi atlet terpantas melintasi garisan penamat menewaskan pelumba Sepanyol, Ricardo Ten Argiles dan atlet neutral, Ivan Ermakov. - Gambar Facebook Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada atlet para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, atas kejayaan meraih pingat emas pertama dunia buat Malaysia di Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2025 di Rio de Janeiro, Brazil.
Dalam hantaran di Facebook hari ini, Hannah berkata, atlet berusia 28 tahun itu bukan sahaja juara dunia dalam acara pecut 200 meter (m) kategori MC1, tetapi turut menjadi atlet para pertama negara membawa pulang jersi pelangi.
"Jersi Pelangi adalah simbol kejuaraan dunia yang paling berprestij dalam sukan berbasikal. Malaysia bangga dengan anda dan seluruh pasukan Berbasikal Trek Para Malaysia," katanya.
Mohamad Yusof menjadi atlet terpantas melintasi garisan penamat menewaskan pelumba Sepanyol, Ricardo Ten Argiles dan atlet neutral, Ivan Ermakov.
Ia merupakan pingat kedua diraih anak jati Kuala Kangsar, Perak itu selepas meraih pingat perak acara 1 kilometer kategori MC1.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2025
#Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin
#atlet para negara
#Jersi Pelangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan