awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
'Anda idola saya' - PM Jepun sambut kunjungan Deep Purple menjelang konsert jelajah Mad In Japan Tour
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat Tengku Abdullah lepas jawatan Presiden FAM tertangguh

Astro Arena
Astro Arena
15/08/2016
13:17 MYT
Hasrat Tengku Abdullah lepas jawatan Presiden FAM tertangguh
Tengku Abdullah masih bergelar Presiden FAM sehingga pemilihan akan datang yang dijangka diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan tahun 2017. - Gambar fail
HASRAT Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk melepaskan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) lebih awal, tertangguh apabila Exco FAM memutuskan pemilihan penggal baru jawatankuasa eksekutif diawalkan dari tahun 2018 ke tahun depan.
Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Afandi Hamzah, Exco mengambil keputusan itu sebagai pilihan terbaik berbanding cadangan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), yang dilihat satu langkah tergesa-gesa.
Antara alasan diberikan ialah persiapan skuad negara menghadapi Piala AFF Suzuki pada penghujung tahun ini, selain memberi masa kepada badan gabungan negeri memilih calon yang sesuai.
Walaupun begitu, di atas kertas, Afandi mengakui Tengku Abdullah masih bergelar Presiden FAM sehingga pemilihan akan datang yang dijangka diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan tahun 2017.
"Exco hari ini bersetuju untuk mengawalkan pemilihan semula barisan kepemimpinan FAM dari 2018 ke 2017. Tarikhnya, pihak sekretariat diminta untuk mengemukakan tarikh kepada Exco yang akan datang sebagaimana ketetapan yang diperlukan oleh statut FAM," katanya.
Dalam perkembangan lain, Afandi mengakui tiada perbincangan dalam kalangan Exco FAM mengenai dakwaan penyelewengan badan induk bola sepak itu yang didkwa terdapat di dalam pemacu simpanan dimiliki Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Begitu juga mengenai formula daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, terutama dalam soal pembangunan belia yang dilihat tidak seiring dengan inspirasi FAM.
Namun, seorang lagi timbalannya, Datuk Mokhtar Ahmad, berkata perkara itu terserah kepada TMJ sendiri jika mahu menyerahkan bukti berkenaan kepada pihak berkuasa.
"Saya rasa kita (telah) memberi maklum balas yang baik dan saya fikir ia dijawab, yang mana ia juga pilihan sama ada dia (TMJ) mahu membuat laporan ataupun tidak. Terpulang kepada anda."
Topic Berkaitan
#berita bola sepak
#FAM
#letak jawatan
#Presiden FAM
#Tengku Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan