awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki Piala Sultan Azlan Shah diawalkan ke 1 Nov

Bernama
Bernama
13/08/2022
21:15 MYT
Hoki Piala Sultan Azlan Shah diawalkan ke 1 Nov
Format pertandingan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 itu akan diputuskan dalam masa terdekat. - Gambar hiasan
IPOH: Kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 diawalkan dari 1 hingga 10 Nov depan, menurut Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal.
Beliau berkata penganjuran kejohanan itu dijadual pada 15 hingga 25 Nov, namun ditukar bagi membolehkan pasukan negara membuat persediaan menghadapi kejohanan lain.
Menurutnya, selain Malaysia sebagai tuan rumah, negara lain yang telah mengesahkan penyertaan adalah juara edisi 2019 Korea Selatan, Kanada, Jepun, Afrika Selatan dan Pakistan.
"Jemputan kita buat berasaskan maklumat daripada ketua jurulatih, Arul Selvaraj bahawa negara jemputan bukan calang-calang pasukan, tetapi hadir dengan status hebat.
"Skuad negara memerlukan perlawanan sebegitu sebagai persediaan untuk Piala Asia tahun depan," katanya dalam sidang media di sini semalam.
Subahan berkata pihaknya yakin edisi di sini akan mendapat sokongan padu penonton yang merindui aksi melibatkan pemain terbaik dan perlawanan bertaraf dunia.
Dalam pada itu, beliau berkata format pertandingan tersebut akan diputuskan dalam masa terdekat.
Kali terakhir Piala Sultan Azlan Shah berlangsung adalah pada 2019 dengan pasukan negara mendapat tempat ketiga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Sultan Azlan Shah
#hoki
#Subahan Kamal
#Piala Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan