awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan Khairy dengan atlet paralimpik masih rapat

Bernama
Bernama
14/10/2018
21:15 MYT
Hubungan Khairy dengan atlet paralimpik masih rapat
Khairy pada pertemuan dengan atlet paralimpik Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi di KLIA malam tadi. Foto Instagram Khairy Jamaluddin
Walaupun tidak lagi bergelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui beliau masih mengambil berat mengenai perkembangan semasa atlet paralimpik negara.
Beliau menjelaskan hubungannya dengat atlet paralimpik negara adalah rapat sejak menyandang jawatan berkenaan di bawah kepimpinan kerajaan terdahulu.
"Sepanjang menjadi menteri, saya banyak terlibat dengan mereka (atlet paralimpik) dan telah bersama-sama dengan mereka sejak muda lagi.
"Jadi, oleh kerana saya tak dapat pergi ke (Sukan Para Asia) di Jakarta baru-baru ini, saya ambil kesempatan hari ini untuk beri penghormatan kepada mereka di sini," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum menyambut kepulangan kumpulan terakhir atlet paralimpik negara, di sini, malam tadi.
Selain Khairy, ketibaan atlet paralimpik turut disambut oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, serta pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) dan ahli keluarga atlet paralimpik masing-masing.
View this post on Instagram
I love all our athletes. But this guy will always have a special place in my heart. I remember at the ASEAN Para Games in 2017, he was actually down with a fever. But he still insisted on competing and when he won, he came up to me and said, “this one is for you.” Waterworks
Pada masa sama, Khairy, yang merupakan anggota Parlimen Rembau, turut menzahirkan ucapan tahniah terhadap kejayaan kontinjen paralimpik negara yang berjaya meraih 17 pingat emas pada Sukan Para Asia 2018
"Tahniah kepada kontinjen para negara kerana telah mencatat dan mencapai prestasi terbaik negara dalam sejarah sukan para Asia.
"Ini adalah satu kejayaan yang luar biasa dan kejayaan ini menandakan sukan para negara semakin meningkat dari segi prestasi dan pencapaiannya sekali gus memberi petanda baik untuk ke Sukan Paralimpik 2020 yang akan berlangsung di Tokyo nanti," jelas Khairy.
Malaysia menamatkan cabaran Sukan Para Asia 2018 di kedudukan kelapan dengan meraih 17 emas, 26 perak dan 25 gangsa, sekali gus mengatasi pencapaian pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan dengan kutipan 15 emas, 20 perak dan 27 gangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet paralimpik
#beri penghormatan
#hubungan rapat
#Jakarta
#Khairy Jamaluddin
#KLIA
#menteri
#Menteri Belia dan Sukan
#pingat emas
#Sukan Para Asia
#Sukan Paralimpik
#tahniah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan