awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jannik Sinner tewaskan Taylor Fritz untuk menangi Jelajah Akhir ATP pertama

Bernama
Bernama
18/11/2024
05:10 MYT
Jannik Sinner tewaskan Taylor Fritz untuk menangi Jelajah Akhir ATP pertama
Sinner memenangi kejuaraan Jelajah Akhir ATP pertama di Turin. - Gambar/ Reuters
TURIN (Itali): Jannik Sinner mengukuhkan statusnya sebagai pemain terbaik dalam tenis lelaki dengan memenangi kejuaraan Jelajah Akhir ATP pertama di Turin.
Pemain Itali itu terus menunjukkan peningkatan sepanjang musim ini walaupun berdepan kes doping yang masih membayangi dan boleh menyebabkan penggantungan, lapor PA Media/dpa.
Kemenangan 6-4, 6-4 ke atas pemain pilihan kelima Taylor Fritz, menandakan 26 kemenangan daripada 27 perlawanan terakhirnya, termasuk kejayaan meraih kejuaraan grand slam kedua tahun ini di Terbuka Amerika Syarikat, dua trofi Masters 1000, dan kini Akhir ATP.
Sinner tampil dominan di Turin, memenangi kesemua lima perlawanan tanpa kehilangan sebarang set, dan menjadi juara Itali pertama dalam sejarah kejohanan itu.
Pemain berusia 23 tahun itu meraikan kemenangannya di hadapan penyokong yang bersorak gembira, dan tahun ini mungkin membawa satu lagi detik manis, apabila Sinner bersedia ke Malaga untuk membantu Itali mempertahankan kejuaraan Piala Davis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jelajah Akhir ATP
#Jannik Sinner
#Taylor Fritz
#Itali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan