awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT gah di persada Liga Super

Bernama
Bernama
13/07/2018
21:45 MYT
JDT gah di persada Liga Super
Pemain Kedah Paulo Rangel cuba menyekat kemaraan pemain Pasukan JDT La Vere Lawrence Corbin Ong pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi. --fotoBERNAMA
Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan rekod kemenangan setelah menang tipis 2-1 ke atas Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.
Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan yang sudah mengesahkan kejuaraan Liga Super musim ini, Selasa lepas, melebarkan jurang mata dengan pencabar terdekat, Perak menerusi kutipan 50 mata setelah beraksi 19 perlawanan setakat ini.
Turun selaku juara bertahan Liga Super buat lima musim berturut-turut, JDT berjaya meraih gol pembukaan pada minit ke-21 menerusi Gonzalo Cabrera sebelum Fernando Marquez menjaringkan gol kedua pada minit ke-38.
Kedah bagaimanapun berjaya merapatkan defisit jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Sandro Da Silva pada minit ke-78.
Skuad Lang Merah sebelum itu hampir menyamakan kedudukan menjadi 2-2, namun sepakan penalti yang diambil Paulo Rangel pada minit ke-69 diselamatkan penjaga gol JDT, Farizal Marlias.
Terdahulu, JDT terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah pemain pertahanannya, La'Vere Corbin-Ong dilayangkan kad merah kerana mengutip kad kuning kedua pada minit ke-68 manakala nasib sama turut menimpa Kedah setelah Rangel menerima kad merah kerana mengasari pemain JDT pada minit ke-81.
Dalam saingan Liga Premier, pendahulu, Felda United mengekalkan kedudukan teratas walaupun seri tanpa jaringan menentang UKM FC di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.
Perlawanan Liga Super antara Kedah dengan JDT terhenti seketika pada minit ke 69 akibat masalah teknikal lampu limpah terpadam. --fotoBERNAMA
Perlawanan Liga Super antara Kedah dengan JDT terhenti seketika pada minit ke 69 akibat masalah teknikal lampu limpah terpadam. --fotoBERNAMA
Felcra FC pula merapatkan jurang mata dengan Felda United setelah menang bergaya 3-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-1 di Stadium Shah Alam.
Skuad 'The Rivals' selesa mendahului 3-0 hasil sepakan penalti kapten pasukan, Muhammad Shahrom Abdul Kalam pada minit kesembilan dan dua gol melalui Anselmo Arruda Da Silva pada minit ke-53 dan ke-63.
PDRM berjaya meraih gol sagu hati menerusi Petrisor Voinea pada minit ke-75.
Terengganu FC II (TFC II) pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 2-2 berdepan Sabah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan Mohd Ridzuan Mohd Razali pada minit ke-80 dan Muhamad Firas Mohd Tarmizi pada minit ke-90, manakala dua gol Sabah disumbangkan Hector Omar Ramos Lebron pada minit ke-46 dan Rodoljub Paunovic pada minit ke-88.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#bola sepak
#JDT
#Johor Darul Ta'zim
#kad merah
#Kedah
#Liga Super
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan