awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor tidak mahu venue Sukma 2020 jadi projek gajah putih

Bernama
Bernama
20/07/2020
05:54 MYT
Johor tidak mahu venue Sukma 2020 jadi projek gajah putih
ONN HAFIZ: Kita harap pihak berkuasa tempatan, kelab atau persatuan pelayaran yang terdapat di negara ini dan penganjur aktiviti sukan udara dapat merancang pelbagai penganjuran sukan.
Kerajaan Negeri Johor berharap venue Sukan Malaysia (Sukma) 2020 akan dapat dimanfaatkan untuk pembangunan sukan negeri dan tidak menjadi projek gajah putih selepas berakhirnya penganjuran sukan dwi tahunan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata antara venue yang boleh dimanfaatkan selepas tamatnya temasya Sukma 2020 adalah Pusat Pelayaran, Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) Desaru di sini.
"Kita harap pihak berkuasa tempatan, kelab atau persatuan pelayaran yang terdapat di negara ini dan penganjur aktiviti sukan udara dapat merancang pelbagai penganjuran sukan berkaitan di peringkat tempatan dan antarabangsa di lokasi ini," katanya semasa melawat pusat berkenaan petang malam.
Beliau berkata pelantar berupa 'pontoon' mudah alih yang direka khas menjadikan KRMSAU sebagai yang terbesar di Malaysia jika dibandingkan dengan yang serupa di Langkawi mahupun di peringkat Asia Tenggara.
Katanya sukan pelayaran untuk Sukma Johor 2020 akan berlangsung selama 10 hari membabitkan 14 acara merangkumi tiga kategori iaitu tujuh acara atlet lelaki, enam acara untuk wanita dan satu berkumpulan.
Onn Hafiz berkata sejumlah RM350 juta telah dibelanjakan bagi menyiapkan semua venue untuk 31 acara sukan pada temasya Sukma yang dijangka berlangsung pada 2021.
Sukma Johor 2020 dijadualkan semula bermula 6 hingga 14 Mac tahun depan. Ia pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 19 Julai 2020 tetapi terpaksa ditunda atas faktor keselamatan dan kesihatan berikutan ancaman penularan COVID-19.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#kerajaan negeri
#onn hafiz ghazi
#SUKMA
#temasya sukan
#venue pertandingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan