awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS lancar ikrar Integriti Sukan Malaysia

Bernama
Bernama
23/07/2013
23:30 MYT
KBS lancar ikrar Integriti Sukan Malaysia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melancarkan Ikrar Integriti Sukan Malaysia selaras dengan usaha mempromosi integriti dalam kalangan penggiat sukan.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata ikrar yang akan diguna pakai semua penggiat sukan di setiap peringkat sebagai satu 'aku janji' itu digubal bersama kementerian dan Institut Integriti Malaysia (IIM).
Justeru, bagi memperkukuh elemen integriti dalam sukan, KBS melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama IIM di Menara KBS di sini.
"Langkah ini diambil untuk meningkatkan lagi prestasi dan mutu sukan negara melalui pelaksanaan integriti dalam sukan selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan ahli sukan dan penggiat sukan yang bukan sahaja berkebolehan malah berintegriti," kata Khairy ketika berucap pada majlis itu.
Beliau berkata kerjasama dengan IIM itu bertujuan membentuk program pembangunan integriti, kajian, latihan dan usaha lain yang dapat memperkukuh elemen integriti dalam sukan.
Justeru, katanya setiap penganjuran sukan akan sentiasa dijalankan dengan semangat kesukanan tulin melalui pertandingan yang bersih tanpa elemen rasuah.
Topic Berkaitan
#Ikrar Integriti Sukan Malaysia
#KBS
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan